Ya Allah Selamatkan Baitulmaqdis … PANAS hari ini!!! – Isu Baitulmaqdis: Kenapa Caprice Menangis Dalam Video Ditujukan Pada PM Najib???

Umumnya kita semua sudah dikhabarkan mengenai, Presiden Donald Trump telah mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, langkah yang bakal mengancam proses keamanan Timur Tengah dan mengecewakan rakan dan musuh AS.

Baitulmaqdis adalah kota suci bagi ramai penduduk Islam, Yahudi dan Kristian, dan statusnya menjadi cabaran terbesar dalam mencapai persetujuan damai antara Israel dan Palestin.
Kota Baitulmaqdis

Isu ini telah menarik perhatian artis Rap popular Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli di dalam video dimuat naik dalam Instagram miliknya.

Lihat Video di bawah.

 

” Saya rasa sakit jika teruskan menipu dengan diri sendiri dan jihad saya tidak disampaikan”

Kongsi Rasa Sedih

Luahan Caprice ditujukan kepada pemerintah negara untuk membela nasib umat Islam di Baitulmaqdis.  Dengan nada sedih sehingga mengalirkan air mata, Caprice berharap suaranya mampu membuka mata pihak yang bertanggungjawab untuk menentang keputusan yang dibuat oleh Trump.

Menurut laporan dari FMT, Keputusan Trump berisiko membangkitkan ketegangan di rantau yang sudah pun bergelut dengan konflik di Syria, Iraq dan Yaman.

Bantahan tercetus di sekitar ibu negara Jordan, Amman, yang didiami oleh pelarian Palestin dan ratusan pembantah berkumpul di luar konsulat AS di Istanbul.

Semoga luahan Caprice dapat di dengar dan sama-sama mendoakan perkara yang baik buat seluruh umat Islam di Baitulmaqdis.

Sumber IG Caprice

KREDIT : HANGAT.COM