Wow!!“Ada Datuk Yang Cuba Nak Ngorat Saya,Tapi Saya Abaikan Aje” – Enot Akui Ramai Lelaki Ajak Bercinta Selepas Makin Kurus! Siapakah Datuk Tu?

Wow! “Ada Datuk Yang Cuba Nak Ngorat Saya,Tapi Saya Abaikan Aje” – Enot Akui Ramai Lelaki Ajak Bercinta Selepas Makin Kurus! Siapakah Datuk Tu?

Seseorang itu mampu untuk melakukan transformasi dari berbadan besar dan obesiti menjadi makin slim dan kurus jika dia mahu berusaha. Begitulah yang di lakukan oleh Enot,salah seorang pelakon terkenal tanah air.

Dulunya Enot memiliki tubuh badan yang gempal dengan beratnya melebihi 100 KG.

Namun hari ini,Enot makin gembira apabila dia berjaya menurunkan berat badannya dan penampilannya sekarang di lihat jauh berbeza berbanding yang dulu.

Enot turut mengakui perubahan besar yang terjadi dalam hidupnya bila berat badan berkurangan ialah dia di ajak ramai lelaki untuk bercinta.

 

Kata Enot, ada juga lelaki dalam golongan berpangkat Datuk cuba untuk menguratnya namun dia menolak cara baik kerana tidak mahu terkait dengan hubungan yang tidak pasti.

Kata Enot “”Saya tidak menafikan sering juga diganggu lelaki yang mahu menagih cinta, termasuk di kalangan yang berpangkat. Namun, saya tidak mahu terseret dengan perkara yang tidak memberikan apa-apa kepastian.

“Ada juga ‘datuk’ yang cuba menggatal dengan saya, namun saya abaikan saja. Tidak kuasa saya nak melayan semua itu. Lebih baik saya fokus kepada soal hidup dan anak,” katanya yang pernah dua kali mendirikan rumah tangga.

“Saya sudah ada pengarang jantung hati sendiri, iaitu dua anak saya. Melihat mereka membesar di depan mata sudah cukup untuk membuatkan saya bahagia,” kata Enot yang genap berusia 39 tahun pada 3 Disember lalu.

Sumber : kisahdunia.com & IG Enot

error: Content is protected !!