Wanita terkejut apabila ternampak foto perkahwinan ibunya tergantung di jendela kedai antik – kemudian menjerit apabila dia dapat tahu kebenarannya!!!

Wanita terkejut apabila ternampak foto perkahwinan ibunya tergantung di jendela kedai antik – kemudian menjerit apabila dia dapat tahu kebenarannya!!!

Hikayat Dunia

Pada mulanya ia seperti  hari-hari biasa. Jane Fine Foster berjalan di pusat bandar Grand Junction, Colorado apabila dia melihat sesuatu yang menyebabkan dia terhenti dari perjalanan.

Sedang bergantung pada tingkap sebuah kedai antik yang dipanggil “A Robin’s Nest” adalah foto pernikahan ibunya tahun 1948 yang telah hilang lebih dari satu dekad.

Tetapi ia bukan satu-satunya penemuan yang mengejutkan Jane pada  hari itu.

Apabila Jane melihat foto tersebut di tingkap, dia pada mulanya sukar mempercayainya.

Dia berkedip, menggosok matanya, dan bertanya kepada dirinya sendiri jika ia benar-benar  foto ibunya.

Dan nyata ia adalah benar. Ia adalah foto perkahwinan ibunya dari tahun 1948.

Lebih daripada sedekad lebih awal, foto itu telah dilelong selepas keluarga Jane lupa membuat pembayaran sewa  unit simpanan.

Dan sejak dari  situ, gambar dan seluruh barang lama keluarga Jane tidak dapat dijejaki lagi.

Selepas Jane mengenali foto yang dikasihinya itu, dia segera masuk  ke kedai tersebut.

Jane meraih gambar itu, memandang sekeliling kedai, dan kemudian membuat satu lagi penemuan mengejutkan.

Gaun  perkahwinan ibunya juga ada di sana, dibungkus surat khabar bertarikh 22 Jun 1948.

“Untuk mengatakan yang  saya terkejut, adalah pernyataan yang kurang tepat. Saya sebenarnya sampai menjerit kuat, rasa macam nak hampir pengsan  “kata Jane Fine Foster kepada WNYT Television.

Jane mendekati pemilik kedai dan bertanya berapa bayaran  yang dia mahukan untuk pakaian itu, kerana  dia sangat ingin membawa harta pusaka tersebut  ke balik ke rumahnya

Jawapan yang diterima dari pemilik kedai sangatlah murah hati daripada apa yang  dibayangkan.

Pemilik  kedai itu berkata dia tidak akan  mengenakan harga satu sen. Dia hanya gembira yang  pakaian itu akhirnya kembali ke pemiliknya.

Kedua-dua barang-barang yang hilang itu akhirnya dapat pulang ke rumah.

Jane sangat gembira untuk kerana mendapat kembali barang-barang kenangan indah ibunya, tetapi dia juga hairan bagaimana dia boleh akhirnya menjumpai barang pusaka tersebut secara kebetulan

“Mengapa saya tiba-tiba boleh turun ke pusat bandar dan boleh melalui kawasan blok itu dan tiba-tiba terserempak dengannya, sedangkan itu bukan laluan biasa saya? Ia masih menakjubkan  saya, “katanya kepada WNYT Television.

Segala-galanya berlaku atas alasannnya yang tersendiri. Sila berkongsi cerita yang luar biasa ini jika anda juga berfikir yang Jane memang sepatutnya   bersatu semula dengan barang pusaka lama ibunya!

 

Sumber : Newsner

error: Content is protected !!