VIDEO- “Sapa Suruh Sayang Tangguh Basuh Baju ” : Kepala Johan Raja Lawak Diketuk Hanya Kerana Tangguh Basuh Baju,? Siapa yang ketuk?

Negara kita sekarang sedang meriah dengan majlis perkahwinan oleh selebriti-selebriti terkenal di Malaysia. Tahun ini seolah-olah menjadi tahun keramat mereka bagi menamatkan zaman bujang masing-masing. Tetapi tidak lupa juga pada ‘pengantin lama’ yang masih sweet dan hangat walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga.

Ozlynn Watie, salah satu artis di Malaysia yang kerap berkongsikan kisah sehariannya di media sosial. Itu semua terbukti apabila laman Instagramnya penuh dengan gambar keceriaan keluarga beliau, dan antara wajah yang kerap terpapar di Instagram selebriti tersebut adalah suaminya, Johan Raja Lawak.

Ramai netizen yang mengimpikan sebuah keluarga seperti mereka, di mana hari-hari mereka sering ceria dengan gelak tawa. Seperti yang kita tahu, Johan antara pelawak yang diminati oleh golongan muda sekarang, pandai mengambil hati isterinya yang garang itu. Dapat dilihat dari perkongsiannya, Johan sangat rajin melayan kerenah anak-anak mereka

Dalam banyak-banyak perkongsian yang dikongsikan, terdapat satu video  yang mencuri hati peminat, di mana Johan membantu Ozlynn membasuh baju sehinga kepalanya dipukul penyapu.

Rata-ratanya perkongsian mereka mendapat sambutan yang baik dari peminat. Ada yang mendoakan kebahagiaan mereka, dan ada juga yang menjadikan mereka sebagai inspirasi.
Bertuah badan.. Harap perkahwinan dan kebahagiaan kalian kekal selamanya yaa!

Sumber: Lobakmerah.com