(VIDEO )PERKEMBANGAN PERBICARAAN DATUK FARID KAMIL 15 JAN 2018 , 11.30 PM HINGGA 12 30 PM -Nampak Lebih Kemas ,Sihat & Tenang, Tempoh Tahanan Reman Datuk Farid Kamil dilanjutkan Sehingga Esok

PETALING JAYA -15/1/2018

Datuk Farid Kamil tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya untuk diputuskan sama ada dibebaskan dengan jaminan polis atau disambung reman. Farid Kamil dikatakan berhalunisasi selama beberapa hari dalam lokap. Beliau dipercayai mengalami keadaan itu akibat mengambil dadah New Psychoactive Substance (NPS), sejenis dadah baru. Dadah NPS merupakan dadah baharu di mana pengambilannya gagal dikesan melalui ujian air kencing.

Tahanan reman terhadap pelakon dan pengarah, Datuk Farid Kamil Zahari, 37, dilanjutkan sehari bermula hari ini.

Perintah itu dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd Ishak mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Farid Kamil yang memakai kemeja biru denim kelihatan tenang di bawa masuk jam 11.30 pagi dan keluar sejam kemudian.

Terdahulu, Farid direman bermula Jumaat lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta dadah berbahaya 1952, Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana mengganggu tugas penjawat awam.

Suami kepada pelakon, Diana Danielle itu turut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan Seksyen 90a Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis.

Khamis lalu, sekeping gambar Farid bergari tersebar di media sosial dipercayai ditahan kerana menampar polis dan menendang orang awam di balai polis.

Turut hadir memberi sokongan, Azad Jazmin, Azahan Rani selain adiknya, Fadzil Bahari dan Anis Anwar.

15 Januari 2018 | 11.30  tengahari:

 

Terdahulu,Datuk Farid Kamil ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan kes beliau menampar anggota polis trafik dan menendang dua orang awam semalam.

Farid tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dengan menaiki trak polis pada 10.07 pagi tadi dengan memakai baju lokap berwarna ungu. Turut hadir di mahkamah adalah adik Farid iaitu Fadzil Zahari.

Perintah tahanan reman terhadap Farid dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf Zubir bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Farid datang ke balai bersama seorang lelaki untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, Farid kemudiannya menunjukkan mesej aplikasi WhatsApp 300 artis hutang ah long. Tidak pasti apa yang berlaku, Farid secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

sumber:<strong>Harian Metro, sinarharian & FB Perak Jerr

 

error: Content is protected !!