[VIDEO] PERANGAI LAWAK ZIZAN AMBIL PELUANG NAMPAK…SAKAT ELFIRA LOY..

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)
Jom kita saksikan kisah Zizan Razak dan Elfira Loy.Sebelum kita memulakan jom kita lihat kita lihat dahulu penerangan siapakah beliau ini.Mohd Razizan Abdul Razak, Umur 33 tahun,atau lebih dikenali sebagai Zizan Razak , ialah seorang pelawak, pengacara, pelakon, penyanyi dan duta Malaysia . Beliau merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Beliau ialah naib juara Raja Lawak musim pertama, malahan ketika awal kemunculannya beliau dipanggil sebagai Zizan Raja Lawak.

Nurul Elfira Loy binti Ahmad Sabri nama pentas Elfira Loy umur 23 tahun merupakan seorang pelakon remaja Malaysia.dan berasal dari Kuala Lumpur. Dia berasal dari Kuala Lumpur . Dia yang terkenal dengan watak popular dalam Cinta Itu Buta , Persis , Biar Mimpi Sampai Ke Bintang , Selaginya Ada Cinta dan Chinta.

Zizan Razak memakai baju warna putih dan berkot hitam.Elfira Loy memakai baju warna pink dan memakai tudung warna pink.Zizan Dan Elfira berada di sebuah Majlis Fazura dan Fattah Amin.Ramai rakan rakan Artis yang turut hadir memeriahkan lagi majlis Fazura dan Fattah.seperti Che Ta,Ummi Ayda.Elfira Loy duduk di kerusi meja makan sambil pegang henfon tiba tiba Zizan Razak lalu sambil tegur Elfira Loy,Amboi Zizan sempat lagi menyakat Elfira Loy.semoga anda terus terhibur dengan kisah cerita ini ,tontonlah cerita ini sampai ke penhujungnya supaya anda ketahui jalan cerita ini.
Anda juga boleh scroll dibawah ada lagi cerita yang menarik buat anda tonton bersama sama keluarga dan rakan2.

Terima kasih kerana sudi menonton kisah cerita yang dipaparkan sekian.

Jangan lupa like Fb fanpage kami dibawah.
Sila tonton video:

Niat Tu Tahun Depan – Zizan Razak

 

PELAKON dan pelawak Zizan Razak tidak meletakkan perkahwinan sebagai agenda utamanya sebagai azam bersempena kedatangan tahun 2018 tidak lama lagi.

Zizan, 33, sebaliknya berkata hasratnya cuma satu iaitu ingin memantapkan namanya sebagai pelakon selain memberi fokus dalam mencapai sasaran itu.

“Buat masa ini apa yang saya tengok fokus kepada kerjaya adalah paling baik,” katanya ringkas.

Zizan sebelum ini dikaitkan dengan aktres Mira Filzah namun kedua-dua selebriti terkenal itu memberitahu hubungan mereka sekadar kawan.

Dalam pada itu, Zizan berkata, ia bukan bererti dia menolak ke tepi soal jodoh malah ada memasang niat untuk membina keluarganya sendiri.

Zizan Razak.

Bagaimanapun kata Zizan, seperti jawapannya sebelum ini dia menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Tuhan dan rezeki.

“Niat tu tahun depan, Insya-Allah kalau ada rezeki tetapi pasal tu saya tidak tahu.

“Bunyinya memang klise tetapi doakan sahaja yang terbaik,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zizan berkata, dia kini sibuk menghabiskan baki penggambaran filem Polis Evo 2.

Kongsi mengenai perancangan kariernya pada 2018, Zizan memberitahu dia akan tampil dalam beberapa filem termasuk Abang Long Fadil 3 dan sebuah karya terbitan produksi di Indonesia.

 

Zizan Razak jadi buruan di Indonesia

 

Zizan Razak bergandingan dengan aktor terkenal Indonesia, Raffi Ahmad dalam sebuah filem terbaharu di negara itu. Foto Instagram @zizanrazak869

PELAKON dan pelawak Zizan Razak menjadi buruan syarikat produksi di Indonesia sejak dia menerima tawaran berlakon daripada aktor terkenal negara itu, Raffi Ahmad.

Zizan atau Razizan Abdul Razak, 34, berkata, ketika dia menjalani filem yang juga terbitan syarikat produksi milik Raffi di Indonesia bulan lalu dia menerima beberapa tawaran lain dan menyifatkan perkara itu sebagai mimpi.

“Dapat tawaran daripada seorang bintang terkenal seperti Raffi Ahmad pun sudah cukup mengujakan dan tidak pernah terlintas pula akan dapat peluang lain.

“Alhamdulillah ada beberapa projek ditawarkan kepada saya termasuk daripada Raffi sendiri yang ingin saya muncul dalam filem seterusnya selepas ini,” katanya.

 

Zizan mahu mengembangkan kariernya di Indonesia.

Zizan ditemui selepas memenangi trofi Artis Lawak MeleTOP pada Anugerah MeleTOP Era 2018 (AME2018) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Kuala Lumpur pada malam Ahad lalu.

Dalam pada itu, bercakap mengenai penglibatannya menerusi filem terbitan syarikat Raffi, Zizan berkata, pada awalnya dia terkejut apabila aktor itu menghantar mesej peribadi (DM) kepadanya di Instagram untuk menawarkan berlakon.

Kata Zizan, selepas mereka berbalas mesej dan berbual menerusi telefon, dia terbang ke Jakarta bagi membincangkan mengenai tawaran tersebut sebelum memasuki set penggambaran pada bulan lalu.

“Mulanya saya terkejut juga sebab Raffi yang mempunyai nama besar DM saya dan memperkenalkan dirinya walaupun saya ‘follow’ akaun Instagramnya.

“Selepas perbincangan dibuat saya bersetuju memegang watak utama dalam filem itu dan sudah pun selesai menjalani penggambaran pada bulan lalu.

 

Zizan bersama trofi Artis Lawak MeleTOP.

Filem yang masih belum mempunyai judul itu turut menggandingkan Zizan dengan Rafi selain Cut Meyriska dan Marsha Aruan.

Sementara itu, Zizan berkata, dia tertarik untuk menerima tawaran Raffi itu kerana konsep dan jalan ceritanya yang menarik selain melihat ini adalah peluang untuk melebarkan sayap di negara seberang.

“Memang menjadi impian saya untuk mengembangkan karier lakonan di Indonesia dan Alhamdulillah Raffi membuka jalan untuk saya dan tidak sangka ada beberapa tawaran lain pula.

“Mungkin penonton di Indonesia tidak mengenali saya tetapi ini mungkin dapat menjadi jambatan bagi saya memperkenalkan diri,” katanya.

 

Zizan terkejut dapat mesej peribadi daripada Raffi Ahmad.

Dalam perkembangan lain, Zizan mengesahkan bakal kembali bergabung dengan rakan baiknya, Johan sebagai Jozan dalam sebuah program yang disifatkan sebagai besar tidak lama lagi.

Zizan berkata, dia yakin program itu nanti dapat kembali melonjakkan nama Jozan selepas beberapa tahun mereka tidak bersama sebagai pasangan duo.

“Insya-Allah, kami akan kembali bergabung untuk sebuah program yang sangat besar di Astro dan ia dapat melonjakkan kembali nama Jozan.

“Peminat pun sering bertanya bila hendak kembali bersatu dan nampaknya dengan kemunculan program itu nanti akan merialisasikan impian tersebut,” katanya.

 

Sumber

error: Content is protected !!