(VIDEO )Muka Nampak Sihat,Cuma Dahi Luka Sedikit “Biasa La Tu..” ” Terima Kasih Semua “- Ucapan Datuk Farid Kamil Sebelum Dibawa Ke Lokap Kembali

REMAN pelakon dan pengarah filem, Datuk Farid Kamil Zahari yang didakwa menampar anggota polis trafik di Kota Damansara dan menendang dua orang awam Khamis lalu, dilanjutkan sehari lagi.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Hairul Azhar Mohd Ishak terhadap pelakon berusia 37 tahun itu bagi membolehkan siasatan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan; Seksyen 90 Akta Polis; Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

Bagi Seksyen 323 KK adalah kesalahan menyebabkan kecederaan, Seksyen 90 Akta Polis (berkelakuan tidak senonoh), Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (penggunaan dadah) dan Seksyen 353 KK (menganggu tugas penjawat awam).

Ucapan @faridkamilz untuk peminat dan penyokongnya.

A post shared by mStar Online (@mstaronlineofficial) on

Terdahulu, Farid Kamil yang memakai baju kemeja denim tiba di Aras 1, Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, jam 11.30 pagi diiringi polis mahkamah.

Suami kepada pelakon, Datin Diana Danielle, 27, itu dibawa keluar dari kamar mahkamah pada jam 12.32 tengah hari.

Sebelum masuk ke dalam kereta peronda polis, Farid Kamil sempat berterima kasih kepada peminat dan rakan artis yang sentiasa menyokongnya.

Dalam kejadian pada jam 1.20 tengah hari, Khamis lalu, pelakon terbabit dilaporkan ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan kemalangan jalan raya.

Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka petugas lelaki yang menerima aduan itu, disaksikan beberapa anggota lain dan orang awam.

Selain mencederakan polis yang berusia 24 tahun, dia dipercayai menendang dua orang awam di tempat sama.

Difahamkan, sebelum kejadian tercetus di balai polis itu, beliau dikatakan menahan sebuah kereta yang dinaiki oleh seorang lelaki berusia 34 tahun, di tepi jalan berhampiran pusat beli-belah Tropicana di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Turut kelihatan adiknya, Fadzil Zahari dan dua pelakon, Azad Jazmin bersama Azhan Rani hadir untuk memberi sokongan.

sumber:hmetro &mstar

error: Content is protected !!