(VIDEO ) – Kemana Tumpahnya Kuah Kalau Tak Ke Nasi!! – Ini Bukti Anak Shuib Ada Ciri-Ciri Pelawak Terhebat!

SERONOK lihat keluarga bahagia Siti Sarah Raissuddin dan Shuib Sepahtu bersama tiga orang anak-anak mereka iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Sering berkongsikan keceriaan keluarga mereka di laman sosial, pasangan ini memang sangat ‘cute‘ bersama ditambah pula dengan kehadiran anak-anak yang turut mewarisi kecomelan ibu-bapa mereka.

Melihat telatah anak-anak Shuib dan Sarah di Instagram mereka, ramai yang sudah dapat mengagak pasti Shuib sering membuat keluarganya tak kering gusi dengan lawak-lawak ‘kering’nya!

Tetapi dalam berlawak pun, Shuib masih serius dan komited untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai bapa iaitu memastikan anak-anaknya terlindung daripada penyakit.

Oleh itu, Shuib turut bersetuju dengan Hanis Zalikha dan Amyra Rosli tentang kepentingan memberikan imunisasi kepada anak-anak menerusi video yang berdurasi 1 minit.

Dalam rakaman itu, Shuib ditemani anak ketiganya, Ariq Matin berpesan agar ibu bapa jangan lupa memberikan anak suntikan vaksin agar terhindar daripada penyakit bahaya seperti polio, hepatitis B, mumps serta kancing gigi.
Apa yang menariknya, video itu turut ‘dibintangi’ anak patung monyet yang comel!

“Jangan lupa untuk sempurnakan imunisasi anak-anak kerana ianya penting untuk kesihatan mereka.
“Pastikan kita memberi suntikan yang telah dijadualkan agar anak-anak terhindar daripada terkena jangkitan penyakit-penyakit merbahaya”, pesan Shuib.

Lebih menarik anaknya yang comel itu pun sempat buat-buat mimik muka yang kelakar termasuk menjelirkan lidah sedang bapanya asyik bercakap.

Mungkin bakat bapanya tumpah kepada anaknya itu kot.

Shuib turut memuat naik video tersebut di Instagram miliknya untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan imunisasi.
“Penyakit cegahan vaksin merupakan penyakit berjangkit yang menjadi antara penyebab utama berlakunya kecacatan dan kematian di kalangan kanak-kanak dan imunisasi adalah cara yang efektif dalam mencegah dan mengurangkan risiko mendapat penyakit ini.

“Semua kanak-kanak berhak mendapat imunisasi yang lengkap, jadi sesibuk mana pun kita sebagai ibu bapa, pastikanlah anak-anak kita mendapat imunisasi yang sempurna.

“Saya yang sibuk pun tak lupa… anda ibu bapa di luar sana pun #JanganLupaCucuk dan #LengkapkanImunisasi anak anda okey?”, tulis Shuib di dalam kapsyen video tersebut.

Jadi, ibu-ibu dan bapa-bapa sekalian, apa tunggu lagi? Shuib Sepahtu pun sudah memberi imunisasi kepada anak-anaknya tau, jadi jangan lupa berikan perlindungan kepada anak-anak anda okay!

sumber:mediahijrah

error: Content is protected !!