[Video] “Itu Manusia Bukan Lembu”- Hampir 500K Tontonan, Sajat Kini Beri Penjelasan

Nur Sajat iaitu usahawan kosmetik yang sering terpalit dengan kontroversi, kini sekali lagi tampil menerima kritikan kerana telah memuat naik video ‘Hujan Duit’ di laman instagram miliknya semalam. Kejadian tersebut yang berlaku di sebuah program di Pusat konvensyen Borneo di Kuching, Sarawak iaitu dengan memberi wang kepada orang ramai yang hadir namun Sajat dikritik pengikutnya.

Setelah saja video itu dimuat naik, ia menjadi kecaman netizen dan peminatnya. Terbaru pula, Sajat melalui laporan dalam Harian Metro berkata bahawa itu bukan duitnya. Malahan beliau hanya hadir untuk memeriahkan program dan Sajat tidak mengeluarkan duitnya.

 

“Saya hanya meriahkan program hujan duit yang menjadi salah satu strategi pemasaran pihak penganjur untuk menarik pengunjung ke festival berkenaan.” ujar Sajat untuk memberi penjelasan mengenai program itu.

Video yang dimuat naik oleh Nur Sajat di instagram.

Rata-rata netizen yang marah kerana merasakan cara membahagikan duit itu seolah-olah salah.

Beri baik-baik…

 

Melalui status terbarunya pula, Sajat dengan kapsyen mengatakan kepada pengikutnya di instagram supaya tidak salah faham.

Bukan duit dia…

 

Sumber: Harian Metro

KisahDunia.COM

error: Content is protected !!