[VIDEO] Gaya bacaan Al-Quran Presiden Turki, Erdogan yang buat ramai meremang!

Tak banyak pemimpin dunia yang pandai membaca kitab suci Al-Quran. Namun Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, bukan sahaja beliau dapat membaca ayat-ayat suci di dalam Al-Quran itu dengan tajwid yang betul, malah, suaranya yang merdu itu sudah cukup membuatkan ramai berasa kagum.

Sebuah video yang memaparkan Erdogan tengah membacakan ayat-ayat suci Al-Quran telah tersebar di media sosial. Ramai netizen yang berasa kagum dan tidak kurang pula yang meremang saat mendengar bacaan Al-Quran Erdogan yang merdu itu.

Difahamkan rakaman itu diambil ketika Erdogan sedang merasmikan Masjid Melike Hatun, Ankara, Turki pada hujung tahun lepas.

Sumber : ohmymedia

error: Content is protected !!