[VIDEO] Baru Kongsi Suara Baby Menangis, Video Tok Ti Di Tonton Hampir Setengah Juta Dalam Masa 3 Jam!

Aduh, untung betul menjadi selebriti bernama Datuk Seri Siti Nurhaliza, bukan sahaja dirinya disayangi ramai, malah anaknya yang baru sahaja berusia kurang dari 3 hari sudah menjadi pujaan hati rakyat Malaysia.

Kenyataan Rasmi: Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi. Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan. Siti dan bayi berada dalam keadaan baik dan buat masa ini hanya membenarkan kaum keluarga terdekat saja untuk melawat. Suami beliau, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa melahirkan rasa syukur kerana segalanya telah selamat. Apa yang penting bagi beliau adalah proses melahirkan berjalan dengan baik, isteri dan anaknya juga sihat. Siti dan suami juga ingin mengucapkan terima kasih di atas doa dan sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan juga pihak media sejak dari awal kehamilan sehinggalah melahirkan. Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad (Rasulullah s.a.w) selain jatuh pada tarikh 1 Rejab. Buat masa ini Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu. Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkannya. -Rozi Abdul Razak Pengurus

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

MH sedar, malam tadi Siti ada berkongsi sebuah video yang memaparkan pakaian pertama anaknya yang dikenali dengan nama sementara Fatimah Az-Zahra.

Namun video tersebut telah ditonton hampir setengah juta pengguna media sosial walaupun ia baru sahaja dimuat naik.

Semua ini gara-gara ‘Fatimah’yang sedang ‘berlatih vokal’ menangis.

Amboi dengar anak kesayangan Siti menangis pun dah comel inikan pula nak lihat gelagatnya nanti mesti terhibur semua orang!

Apapun sama-sama kita nantikan update seterusnya daripada pihak Siti.

sumber:MH

 

SELEPAS mengumumkan kehamilan dan dijangka bersalin bulan ini, bukan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa sekeluarga sahaja yang teruja, tetapi peminat juga teruja menanti kelahiran puteri sulung pasangan itu.

Buktinya, menjelang beberapa hari lagi sebelum melahirkan anak, penyanyi nombor satu negara itu mula menerima hadiah yang banyak daripada peminat setianya.
Ada antara mereka yang mengirimkan hadiah berupa pakaian sehinggalah ke katil bayi yang sudah dihias cantik bak untuk puteri raja.

Tidak kurang juga Siti turut berkongsi gambar dia menerima hadiah berupa pelbagai jenis makanan menerusi Instastories miliknya.

Namun yang lebih mengujakan, Siti sempat berkongsi video dia menemani kakak ipar yang juga pengurus peribadinya, Rozi Abdul Razak mengemas pakaian untuk bayi dan dirinya yang akan dibawa ke hospital.

Kami sendiri tidak sabar untuk menatap wajah bayi comel Siti nanti dan kami percaya ramai jua yang berperasaan begitu.

sumber :http://babab.net

Foto Anak Siti Si Pipi Merah Tersebar.Comel Sungguh

KUALA LUMPUR: Suami kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, mengesahkan gambar bayi dipangku seorang wanita, seperti yang tersebar di laman sosial adalah anak mereka.

Khalid, 59, bagaimanapun melahirkan rasa terkilan terhadap sikap tidak bertanggungjawab individu yang menyebarkan gambar terbabit.

“Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan. Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah Siti serta anak kami, hari ini.

“Jujurnya, saya amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar itu kerana kami sudah merancang untuk memaparkan wajah bayi kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas,” katanya kepada BH, malam ini.

Terdahulu, ahli korporat itu turut memaklumkan nama sebenar anaknya hanya akan diumumkan dalam tempoh seminggu sebagai mengikut sunnah nabi.

DATUK Seri Khalid Mohamad Jiwa bersama isterinya, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang selamat melahirkan anak perempuan seberat 3.55kg secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, pada jam 8.17 pagi tadi. – Foto ihsan Rozi Abdul Razak

Dalam perkembangan berkaitan, Khalid turut memaklumkan panggilan Fatimah Az-Zahra itu hanyalah gelaran anaknya untuk tempoh seminggu sebelum nama sebenar diumumkan.

a href=”https://1.bp.blogspot.com/-nAR93M-t08w/WrBJkSQH_xI/AAAAAAAAJ8o/T4yg3JXF5YATPvtvV609KXcR7hc48VoOACEwYBhgL/s1600/pipi.jpg”>

“Ramai yang keliru sebenarnya kerana menyangkakan Fatimah itu adalah nama kekal. Itu hanya gelaran yang kami berikan kepada bayi kami sebelum mengumumkan nama yang sudah pun kami pilih,” katanya.

Bayi perempuan seberat 3.55 kilogram itu dilahirkan Siti secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, jam 8.17 pagi tadi.

comel…rupa Siti ni

BELUM pun 24 jam tempoh kelahirannya, sekeping gambar bayi comel yang dipercayai anak kepada Datuk Siti Nurhaliza sudah mula tersebar di media sosial.

Gambar yang turut disertakan dengan dua video yang diambil sebelum Siti memasuki dewan pembedahan itu mula dimuat naik sejak jam lapan malam tadi.

Pengurus Siti, Rozi Abdul Razak menerusi kenyataan yang diedarkan kepada media pagi tadi turut memaklumkan Siti dan Khalid meminta diberi sedikit masa sebelum mengumumkan gambar dan nama anaknya.

Penyanyi kesayangan ramai itu selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota, kira-kira jam 8.17 pagi.

Beliau melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan.

sumber :http://babab.net via IG CTDK

error: Content is protected !!