VIDEO – “Aku Tahu Kau Takkan Bunuh Diri, Inshaallah”-Akhirnya Fatiya Latiff dan Iqram Dinzly Bersemuka Di Insta Live! Ini Penjelasan Fatiya…

“Aku Tahu Kau Takkan Bunuh Diri, Inshaallah”-Akhirnya Fatiya Latiff dan Iqram Dinzly Bersemuka Di Insta Live! Ini Penjelasan Fatiya…

Semalam kecoh dengan komen seorang pelakon yang jelita dan rupawan, Fatiya Latiff yang meninggalkan komen di Insta Live Iqram Dinzly. Komen itu telah membuat ramai netizen marah dengannya. Kenapa ye?

Rupa-rupanya Fatiya meninggalkan komen berbunyi “Takde scene bunuh diri ke? Alang-alang tu pergi bunuh diri Iqram”. Aduhai kenapa lah Fatiya komen macam tu ye..

Sejurus selepas screenshot video itu tersebar, ramai netizen berpendapat tindakan Fatiya itu agak biadap kerana dia memainkan hal nyawa dengan sewenang-wenangnya.

Rupa-rupanya Fatiya meninggalkan komen berbunyi “Takde scene bunuh diri ke? Alang-alang tu pergi bunuh diri Iqram”. Aduhai kenapa lah Fatiya komen macam tu ye..

Sejurus selepas screenshot video itu tersebar, ramai netizen berpendapat tindakan Fatiya itu agak biadap kerana dia memainkan hal nyawa dengan sewenang-wenangnya.

Ramai juga yang risau dengan keadaan Iqram apabila terbaca komen itu, takut juga kalau dia terdorong untuk melakukan perbuatan itu.

Tetapi hari ini, keluar lagi satu video dimana Fatiya bersemuka dengan Iqram Dinzly di Insta Live. Haa takut juga ni bila sebut bersemuka bagai kan? Agak korang apa Iqram buat?

Video itu bermula dengan Iqram meninggalkan komen di Insta Live Fatiya, berbunyi “Aku nak pencerahan”. Fatiya yang membaca komen itu kelihatan tergelak sedikit dan menganggap ayat pencerahan itu comel.

Setelah itu, Iqram membuat request atau permintaan untuk join di dalam Insta Live Fatiya. Dari situ bermula ragam Iqram yang pelik-pelik sampai Fatiya tak boleh berhenti gelak!

Banyak aksi-aksi pelik Iqram yang buat Fatiya susah nak beri penjelasan, sehinggalah Iqram sendiri bertanya pada Fathia sendiri tentang isu komen bunuh dirinya itu.

Apa cerita sekarang ni, semua media wartawan kecoh dengan isu bunuh diri, apa tu ye?” tanya Iqram pada Fathia.

Lalu Fathia menjawab, “Aku tahu kau takkan bunuh diri, inshaallah” dan Iqram menjawab “Siapa? Aku? Ke kau? Oh kita sehidup semati lah ni” sambil menyanyi lagu Seiring dan Sejalan. Aduhai Iqram ni boleh buat lawak lagi!

Fathia menjawab “Aku berani cakap macam tu sebab aku tahu, Inshaallah kau takkan bunuh diri. Saja, benda tu macam lawak kan,” ujar Fatiya.

Mendengar penjelasan Fatiya, Iqram membalas “No, I know you’re a smart girl, I know what you doing”

Insta Live itu diakhiri dengan Iqram mengingatkan Fatiya supaya jangan lupa solat. Huhu nampak okay jela kan dorang ni?

Video Insta Live Fatiya dan Iqram

Sumber: Barang Baik Mall B.B.M

Kredit : Kisah Dunia

error: Content is protected !!