Tular ! Pilot Kacak Ini Cari Jodoh Di Kelab Cari Jodoh Malaysia

Baru – baru ini kecoh di Facebook mengenai seorang jejaka yang dikenali sebagai Muhammad Azmeir Imran yang ingin mencari jodoh.

Hasrat tersebut telah dinyatakan oleh Azmeir yang juga seorang juruterbang komersial di syarikat penerbangan terkenal, AirAsia

Full package! Kacak dan berkerjaya. Rata – rata gadis tak tidak kurang juga mereka yang bergelar janda meminati pemuda ini dengan berhasrat untuk menjadikan beliau sebagai calon suami

Jika anda pun tergila – gilakan Azmeir, lupakan saja kerana pemuda ini hanyalah menggunakan gambar palsu yang dipercayai milik individu yang bernama Scoot Rais dan beliau sudah pun mempunyai teman wanita

Bahaya juga bila difikirkan balik kerana terdapat sesetengah individu cuba menipu dengan mencuri gambar orang lain untuk kepentingan diri mereka.

Apapun Scoot Rais ini memang tidak dinafikan mempunyai raut wajah yang mampu mencairkan hati para wanita diluar sana

Sumber  : Instagram Scott Rais