‘Tidak Sepatutnya Muncul Pelbagai Ejekan Di Media Sosial’ – Giliran Rosmah Mansor Tegur Maklumat Siasatan Bocor

Setelah kediaman Datuk Seri Najib Razak diserbu pihak polis tempoh hari, media hanya memfokuskan kepada bekas perdana menteri itu sahaja. Kelibat isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hampir tidak kelihatan.

Setelah mendiamkan diri, Rosmah akhirnya membuka mulut mengenai tindakan pihak polis di kediaman mereka itu.

Harap pihak berkuasa patuh undang-undang


Rosmah dalam satu kenyataan berharap pihak berkuasa menjalankan tugas dan patuh kepada undang-undang dalam menyiasat bagi mengelakkan perbicaraan pramatang oleh khalayak awam

Kami merujuk kepada peristiwa yang berlaku baru-baru ini sehingga mencetus kekecohan media, dengan sengaja mensasarkan kepada keburukan bagi mencetuskan kemarahan orang awam kepada keluarga kami.

Walaupun terkesan dengan situasi yang berlaku, kami telah dan akan terus membantu dalam sebarang soal siasat serta akan hadir sekiranya diperlukan oleh mana-mana pihak berkuasa.

Perlu profesional dalam tugas

Tambah bekas wanita pertama negara ini lagi, proses inkuiri yang dikenakan ke atas mereka meragukan kerana berlaku ketirisan maklumat siasatan ke media sosial terutamanya butiran barang rampasan.

Pihak berkuasa tidak sepatutnya menyebabkan munculnya pelbagai ejekan atau sindiran di media sosial tetapi perlu mematuhi dan bersikap profesional dalam menjalankan tugas.

Kenyataan itu disahkan oleh peguam, M Puravelan dan  dikeluarkan melalui firma guaman Tetuan Valen & Oh, tengah hari tadi.

Sumber: Berita Harian

error: Content is protected !!