TERGEMPAR!!! -Datuk Farid Kamil Ditahan Kerana Menampar Polis!

KUALA LUMPUR 11 Jan. – Pelakon dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil Zahari ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya sebentar tadi.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 petang itu, selebriti berusia 36 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan tersebut di kaunter aduan Balai Polis Kota Damansara.

“Dia disyaki berada di bawah pengaruh dadah dan ujian air kencing sedang dijalankan terhadapnya,” katanya di sini hari

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Sebelum ini, PELAKON dan pengarah, Farid Kamil Zahari dan artis kelahiran Singapura, Aaron Aziz antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan , hari ini.

Farid Kamil yang juga Penerbit Filem FKX Sdn Bhd dan Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha Aziz masing-masing menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

sumber – UTUSAN ONLINE

error: Content is protected !!