TERBARU & TERGEMPAR!! – Junghyun (Vokalis utama SHINee) ditemukan mati di rumahnya sebentar tadi!

Vokalis utama,  SHINee iaitu Jonghyun ditemukan mati kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) di rumahnya yang terletak di Chungdam, Seoul pada harini 18/12/2017. Terdapat juga laporan mengatakan  Jonghyun, meninggal dunia di hospital setelah ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumahnya, hari ini.

 

Koreaboo melaporkan pihak polis turut mengesahkan mengenai kematian penyanyi itu selepas beberapa laporan mengatakan dia ditemui tidak sedarkan diri.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan mengenai punca kematian Jonghyun.

Menurut laporan lain, Jonghyun dalam keadaan tidak sedarkan diri dipercayai akibat lemas dalam kepulan asap namun dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Terdahulu, kakaknya dilaporkan membuat laporan polis kerana mengesyaki Jonghyun, 27, akan membunuh diri.
Pihak polis turut menemui arang yang dibakar dalam bilik tempat Jonghyun ditemu

Susulan laporan tersebut, polis yang melakukan pemeriksaan di kediaman artis tersebut di wilayah Cheongdam-dong kemudiannya menemui beliau dalam keadaan tidak sedarkan diri.

sumber: REUTERS/STRAITS TIME

error: Content is protected !!