Telefon pintar terapung di laut

Telefon pintar terapung di laut

BANGKA – Nelayan dan penduduk di daerah Paritiga, Bangka Barat dikejutkan  penemuan ratusan telefon pintar yang terapung di perairan Teluk Limau.

Ketua Kampung Teluk Limau, Haydir memaklumkan ratusan telefon pintar pelbagai jenama itu disedari nelayan tempatan ketika melakukan rutin harian mereka minggu lalu.

“Kalau kelmarin jumlah yang ditemui banyak sekali, lebih seratus unit…ada Xiaomi, Apple, Samsung dan Oppo.

“Gara-gara penemuan ini, jeti Teluk Limau diserbu penduduk setempat kerana diberitahu telefon pintar terbabit dijual dengan harga yang cukup murah,” katanya.

Tambah Hadir, tiada siapa yang mengetahui pemilik asal telefon pintar berkenaan, namun khabar angin mengatakan ia hanyut dibawa arus dari Kepulauan Riau. –  Bangka Pos

sumber : sinarharian.my

error: Content is protected !!