Tak Sangka Sebegini Serius! – “Farid Kamil Tidak Boleh Beri Keterangan Kerana Dia Tidak Boleh Bertutur Dengan Stabil Lagi”

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, mana-mana individu yang berkelakuan tidak senonoh di dalam balai polis, boleh ditangkap tanpa waran mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967.

“Individu yang dikurniakan darjah tertinggi sepatutnya perlu menjaga status mereka dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh mengundang cemuhan.

“Kes seperti ini bukan pertama kali berlaku dan kita akan mengambil tindakan ke atas mereka yang berkelakuan tidak senonoh walaupun berpangkat tinggi,” katanya pada sidang media Majlis Perbarisan Tamat Latihan Asas Pegawai dan Pembantu Keselamatan Penerbangan (Polis Bantuan) Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) Siri 1/2017 di Sepang, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pelakon dan pengarah filem Datuk Farid Kamil Zahari yang ditahan selepas dipercayai mengamuk, menampar anggota polis trafik dan menendang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara, semalam.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya akan melengkapkan siasatan dalam tempoh terdekat dan sebarang pertuduhan bakal dikenakan terhadap suspek selepas siasatan selesai dijalankan.

“Difahamkan, anggota polis yang ditampar tidak mengalami sebarang kecederaan malah, orang awam yang terbabit sama juga sudah membuat laporan polis selepas insiden berkenaan.

“Bagaimanapun, sehingga kini kita belum mendapatkan keterangan daripada subjek (Farid Kamil) kerana dia tidak boleh bertutur dengan stabil lagi,” katanya.

Dalam kejadian pada 1.20 tengah hari semalam, pelakon berusia 37 tahun itu ditahan polis selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Suami kepada pelakon, Datin Diana Danielle, 27, dikatakan mengamuk selepas menunjukkan artikel ‘€˜300 Artis Pinjam Ah Long’€™ di telefon bimbit.

Pelakon terbabit direman empat hari bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis, Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.

 

sumber:hmetro

 

 

error: Content is protected !!