“Tak Perlu Jadi Kawan Saya” – Neelofa Komen Hubungan Dengan Fazura

Hubungan dingin antara pengacara, pelakon dan usahawan Neelofa dan pelakon Fazura dilihat telah berlangsung bertahun lamanya. Baru-baru ini, terdapat seorang pengguna media sosial mendakwa Neelofa telah memerli Fazura melalui satu video yang dimuat naik ke IG storynya.

Melalui rancangan Melodi TV3 pada Ahad, Neelofa telah membuat penjelasan mengenai video itu. Dia menerangkan bahawa dia tidak ada masalah dengan sesiapa dalam industri hiburan:

Tak ada apa jadi pun, sebenarnya. Saya rasa yang lebih-lebih ialah orang di media sosial. Saya tiada ada-apa masalah dengan sesiapa dalam industri. Industri ini sangat kecil, kami akan terserempak juga, majlis itu, majlis ini, nampak juga muka yang sama. Saya tak ada peseteruan dengan sesiapa.

Neelofa menambah yang dia tidak kisah jika Fazura tidak jadi kawannya, cuma tidak mahu sebarang masalah:

Tak perlu jadi kawan, hanya neutral, tak ada apa-apa masalah dengan satu sama lain, itulah yang sebenarnya saya mahukan.

Neelofa juga menerangkan bahawa orang ramai tidak tahu apa sebenarnya latar belakang video tersebut, sebaliknya membuat penghakiman berdasarkan apa yang terpapar dalam video berdurasi 30 saat itu sahaja:

Orang menghakimi berdasarkan video 30 saat tersebut. Apa jua perbualan kami sebelum video itu dirakamkan, orang tak tahu.

Orang tak tahu apa perbualan kami yang sebenar. Saya anak pusing masa balik pun tak boleh, tapi saya rasa apa yang boleh dilakukan untuk pulihkan (keadaan), saya gembira, lebih dari gembira jika semua orang neutralkan semua benda, bukannya orang beri peluang pada orang lain untuk laga-lagakan.

Untuk makluman pembaca BeautifulNara, Neelofa memenangi pertandingan Dewi Remaja pada tahun 2010 dan pernah berlakon bersama Fazura dalam siri drama Tahajjud Cinta pada tahun 2011.

Hubungan antara keduanya dingin dan renggang selepas itu atas sebab tidak diketahui di mana Neelofa pernah membuat kenyataan Fazura ingin ‘menjatuhkannya’ dan Fazura pula membuat kenyataan balas bahawa Neelofa bukan sesiapa untuk dia ‘jatuhkan’ tidak lama selepas Tahajjud Cinta ditayangkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

 

Sumber : beautifulnara

error: Content is protected !!