Tahniah, Linda Onn Share Gambar Bakal Jadi Ibu!

Sebelum ini Linda Onn berjaya buat seluruh bala tentera media dalam industri hiburan tidak puas hati dengan keputusan beliau untuk menjalankan majlis pernikahannya dalam suasana 100% private.

Termasuk kami di sini. Dan, tiada siapa dapat melihat wajah jejaka yang sudah bergelar suami kepada penyampai radio popular ini secara jelas sehinggalah Linda Onn kongsikan sekeping foto seperti yang dijanjikan di Instagram beliau.

“Yeay! Linda baru dapat gambar nikah dari official photographer tadi. Thank you hubby ku Ungku Azhar for the photo! Love you like a love song,” tulis Linda Onn mengiringi gambar beliau bersama suaminya di majlis pernikahan mereka.

 photo 1381623_10152794511054240_181054481_n.jpg

Linda Onn atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn pada 27 Disember lalu selamat diijab kabulkan dengan Ungku Azhar Ungku Muhammad Maznan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di kediaman Linda di Setiahills, Bukit Indah, Ampang.

Jika Sebelum Ini penyampai radio popular, Linda Onn enggan berkongsi hari bahagianya bersama pemberita sekaligus menghalang peminatnya menatap wajah suaminya, namun semalam Linda telah berkongsi wajah pasangan hidupnya.

Linda, 36 yang telah melangsungkan perkahwinan pada 27 Disember telah berkongsi gambar bersama suaminya Ungku Azhar di laman sosialnya.

 photo 1010405_10152794503944240_137292954_n.jpg

 photo 1017563_10152794503089240_1603775130_n.jpg

“Yeay! Linda baru dapat gambar nikah dari jurufoto rasmi tadi.

“Terima kasih suami ku Ungku Azhar untuk gambar itu.

“Sayang kamu ‘like a love song’…muahh,” tulisnya di laman mikro itu.

Linda dilihat memakai busana berwarna putih sedondon dengan suaminya.

Akhirnya Linda Onn dedah suami secara 'rasmi'

Tahniah MH ucapkan buat selebriti, Linda Onn yang khabarnya bakal menjadi ibu tidak lama lagi. Berita gembira tersebut diumumkan bintang berusia 41 tahun itu menerusi Instagram, beberapa jam lalu.

Menyifatkan kandungannya itu sebagai suatu pengalaman terbaik di dalam hidupnya, penyampai raido dan pengacara terkenal itu juga turut menyatakan rasa syukur.

“Buat semua peminat2 dan kawan2 Linda yang tersayang. Sesuatu untuk Linda kongsikan dengan you all. The best thing in my life. Nantikan LO junior..coming soon!! Syukur Alhamdulillah,” tulisnya sambil diiringi dengan tanda palang #pregnant #LOjunior.

Serentak dengan pengumuman tersebut, ruangan komen Instagram Linda dihujani dengan ucapan tahniah daripada para peminatnya. Malahm, ada yang tidak sabar untuk menatap wajah bayi sulung bintang berkenaan.

Terdahulu, Linda Onn dan pasangannya, Ungku Azhar mendirikan rumah tangga pada Disember 2013 lalu. Tak sabar kami nak tengok wajah baby Linda Onn dan suaminya. Meski cute kan?

Foto: Instagram Linda Onn

error: Content is protected !!