Tahniah! 6 Selebriti Terkenal Telah Bertunang Dan Akan Berkahwin Tahun 2018!Yang No 7 Je Tak Tunang Lagi Tapi Akan Kahwin!

Tahniah! 7 Selebriti Terkenal Yang Akan Berkahwin Tahun 2018!

Pelbagai perkara baik dan buruk yang terjadi di dunia seni hiburan tanah air sepanjang tahun 2017. Samada artis yang baru sahaja mendirikan rumah tangga ataupun selamat melahirkan anak, kita juga dikejutkan dengan berita sakit dan kematian beberapa artis tempatan. Itu adalah sebahagian warna kehidupan yang perlu dijalani. Kali ini Hangat.com ingin senaraikan 7 selebriti popular yang bakal mendirikan rumah tangga pada tahun 2018.

1. Yuna

Penyanyi Malaysia yang kini mencipta nama di Hollywood, Yunalis binti Mat Zara’ai atau lebih dikenali sebagai Yuna, 32, dikhabarkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan Adam Sinclair, 34, pada 1 Ogos 2018 selepas mengikat tali pertunangan pada Ogos lalu.

Adam, adik bongsu kepada pelakon Ashraf Sinclair dan Aishah Sinclair, dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi dan bekerja sebagai pengarah filem. Beliau pernah memenangi trofi Festival Filem Malaysia menerusi kategori Filem Pendek Terbaik iaitu Sanzaru pada 2012 serta beliau juga bertindak sebagai pengarah muzik video Wanita Terbahagia selain muzik video Pulang yang dinyanyikan oleh Yuna dan Sonaone.

2. Betty Rahmad

Pada Oktober lalu, adik bongsu bintang Mak Cun, Erma Fatima serta Umie Aida, Betty Rahmad, 36, selamat melangsungkan pertunangan dengan seorang ahli perniagaan iaitu Ardy Damis, 30. Pasangan romantis ini sudah empat tahun bercinta dan bakal berkahwin pada hujung bulan Januari ini.

Betty pernah berlakon dalam drama Adam dan Hawa, Ammara Batrisya, Pengantin Untuk Dijual dan Andalusia. Namun Betty lebih meminati bidang nyanyian dan pernah menyumbangkan suara untuk lagu tema filem Suami Aku Ustaz, Mak Cun dan Ammara Batrisya.

Kini Betty rancak menjadi usahawan dengan produk beliau sendiri iaitu Sambal Gila, Sambal Sewel serta Red Velvet Cookies yang menjadi kegilaan peminat-peminat beliau di Malaysia serta Singapura.

3. Shila Amzah

Penyanyi terkenal, NurShahila binti Amir Amzah atau lebih dikenali dengan Shila Amzah, 28, selamat mengikat tali pertunangan dengan pemuda pilihan hati Haris Idraki, 29, yang bekerja di sektor kewangan di kota London pada November lalu. Haris juga pernah bekerja sebagai wartawan di The Star pada tahun 2015.

Melalui akaun peribadi Instagram Shila, beliau sedang membuat persiapan terakhir untuk perkahwinan beliau yang akan berlansung pada bulan April nanti.

4. Rody Kristal

Pemain gitar kumpulan Kristal, Rody, 32, atau nama sebenar beliau adalah Muhamad Rodi Baharudin bakal melangsungkan pernikahan pada April tahun ini dengan pilihan hatinya, Nur Izwani Azman, 31, yang merupakan penjaga gol skuad futsal wanita kebangsaan.

Kehilangan Lan dalam kumpulan Kristal sedikit sebanyak membawa impak yang besar untuk Rody dan anggota yang lain. Selain Lan dan Rody, kumpulan yang ditubuhkan sejak 1999 itu turut membariskan Mohd Nur Asraf Baharuddin (Asraf) dan Muhammad Afifi Nor Mohammad (Afifi).

5. Dynas Mokhtar

Setelah tiga tahun menyulam cinta dan akhirnya mengikat tali pertunangan pada 28 Oktober lalu, pelakon jelita, Dynas Mokhtar, 35, kini bersedia kembali menggalas peranan sebagai isteri buat bakal suami, Shazrik Che Mohd Din, 35. Dynas mengikat tali pertunangan dengan pasangan pilihannya pada Oktober lalu dan akan bernikah pada April depan.

Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mohktar mempunyai dua orang cahaya mata melalui perkahwinan terdahulu iaitu Khyra Khalyssa, 8, dan Mohamed Haqaish, 6.

6. Elfira Loy dan Sufian Suhaimi

Pelakon kecil molek Nurul Elfira Loy Binti Ahmad Sabri atau dikenali sebagai Elfira Loy, 24, dan kekasihnya seorang penyanyi yang popular dengan lagu Terakhir, Sufian Suhaimi, 26, bakal menamatkan zaman bujang mereka pada tahun ini. Pasangan romantis telah mengikat tali petunangan pada Oktober lalu.

Elfira kini sibuk menjadi Pengacara Rehal bersama Iman Muda Asyraf dalam Tahfiz Muda 2017. Manakala Sufian baharu sahaja tampil dengan single berjudul Terasa Ada yang dicipta bersama komposer Sirkhan.

7. Uqasha Senrose dan Hefny Sahad

Pelakon sensasi, Uqasha Senrose, 26, atau nama sebenar beliau Nik Zaris Uqasha Binti Nik Sen bakal berkahwin dengan Hefny Sahad, 31, selepas lebih setahun menjalin hubungan cinta. Namun masih belum ditetapkan lagi tarikh tersebut.

Walaupun Uqasha terbabit dengan beberapa kontroversi sebelum ini, ibu bapa Uqasha memberi sokongan dan pilihannya kerana peranan Hefny memimpin Uqasha menjadi isteri solehah.

Sumber : hangat.com

error: Content is protected !!