Siti Aafiyah Dah Ada Lebih Dari 60 Akaun Instagram Palsu. Ini Senarainya!

Kehadirannya ibarat ‘satu kelahiran semula’ Datuk Seri Siti Nurhaliza! Itulah penangan yang diterima Siti Aafiyah apabila dilahirkan oleh ibunya yang juga penyanyi kesayangan ramai.

Bayi Paling Popular 2018

Manakan tidak, belum pun dilahirkan pelbagai berita sensasi terus diperkatakan oleh media dan netizen. Umumnya Siti dan Datuk K sudah 11 tahun menunggu cahaya mata mereka dan apabila berita mengenai Siti hamil, netizen seperti sudak tidak sabar menunggu Siti Aafiyah yang diumumkan namanya secara rasmi semalam di sebuah majlis doa selamat dan Aqiqah selepas 7 hari dilahirkan.

Berita kelahiran Siti Aafiyah menjadi topik utama di kebanyakan berita utama stesen televisyen tempatan dan turut menerima ucapan tahniah daripada beberapa tokoh negara termasuklah Tun Dr Mahathir Mohamad. Tidak dinafikan, Siti Aafiyah adalah bayi yang paling popular untuk 2018!

Akaun Instagram Siti Aafiyah Palsu!

Selepas diumumkan namanya semalam, hasil tinjauan Hangat.com mendapati terdapat lebih dari 20 akaun Instagram palsu telah didaftarkan di atas nama Siti Aafiyah Khalid.

Untuk makluman anda, individu yang mewujudkan akaun palsu ini adalah untuk meraih jumlah pengikut yang banyak di Instagram selain dari mereka yang membuat perniagaan di atas talian untuk menarik perhatian pembeli di laman sosial itu.

Antara akaun palsu Siti Aafiyah yang disenaraikan

Siti juga menegaskan buat masa sekarang wajah dan apa sahaja membabitkan anaknya akan dikongsikan di laman Instagram (IG) miliknya. Menurut Siti, dia belum terfikir untuk mewujudkan akaun Instagram Siti Aafiyah.

Akaun palsu yang menggunakan nama Aafiyah seperti di bawah dicipsta semata-mata mahu mengaut keuntungan sendiri.

Jadi untuk anda yang mengikuti akaun Siti Aafiyah di Instagram ketika ini mungkin itu adalah akaun palsu bayi comel ini.

Gambar Kakifoto 

Malam tadi telah berlangsung majlis maulid nabi, akikah dan tahnik bayi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang diberi nama Siti Aafiyah pada hari ketujuh kelahiran puteri mereka itu.

Majlis itu berlangsung di kediaman Siti di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur.

 

SUMBER:HANGAT.COM

error: Content is protected !!