Semua ‘Tahanan’ Sofi Jikan Dah Dibebaskan “You Nak Fight Dengan Gua, Datang Depan Depan Kita Bertumbuk” – Sofi Jikan

Pelakon Sofi Jikan enggan mengulas panjang tentang laporan yang dibuat oleh rakan baiknya Datuk Farid Kamil, sebaliknya menganggap apa yang berlaku itu sebagai ujian daripada Allah.

Mengulas tentang hubungannya dengan pelakon berkenaan, Sofi atau nama sebenarnya, Mohd Soffi Jikan, 48, berkata, biar Tuhan sahaja yang mengetahui perkara itu.

“Alhamdulillah selepas tiga hari ditahan saya dibebaskan saya anggap apa yang berlaku sebagai ujian Allah kepada hambanya yang lemah, tentang laporan (dibuat Farid Kamil) itu saya tidak mahu komen.

“Hubungan saya dengan Farid? Biarlah Allah sahaja yang tahu,” ujarnya kepada mStar Online.

DIPANGGIL SEMUA KE MAHKAMAH

Pelakon Sofi Jikan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memasukkan dadah jenis THC (11-Nor Delta 9 Tetra Hydrocannobil) iaitu dalam kumpulan ganja ke dalam badan pada 6 Februari lalu.

Sofi atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan, 48, minta dibicarakan selepas pertuduhan itu dibaca di hadapan majistret, Nurul Huda Zakariya di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun, jika disabitkan kesalahan.

Mahkamah membenarkan Sofi diikat jamin sebanyak RM3,000 berserta seorang penjamin. Nurul Huda menetapkan 14 Mac depan sebagai sebutan semula kes. Sofi yang hadir ke mahkamah pada pukul 9.15 pagi tampil memakai sut berwarna biru dan kelihatan tenang ditemani peguamnya, Datuk Hanif Hassan.

Sumber: MSTAR

RESPOND SOFI JIKAN BILA DITANYA OLEH PIHAK MEDIA TENTANG FARID KAMIL

Kredit Video: Utusan Online

APA HUBUNGAN SEBENAR SOFI JIKAN DENGAN FARID KAMIL?

Rata rata ramai masih bingung dengan hubungan Sofi Jikan dengan Farid Kamil samada masih berhubungan atau pun tidak. Selepas dibebaskan Sofi Jikan yang popular didalam aplikasi telefon mudah alih BIGO LIVE membuat LIVE dan menjawab pertanyaan pengikut beliau. Sofi Jikan juga telah membebaskan semua tahanan BIGO LIVE (haters) dari kurungan dan sekarang semua sudah berkawan baik dengan beliau.

Beliau ditanyakan soalan berkenaan status beliau dengan Farid Kamil dan ini jawapan yang mereka terima. Sila lihat potongan video di bawah.

”I Dengan Brother Farid Ok, U Tanya Dia” Sofi Jikan Komen Isu Farid Kamil Petik Nama

Kredit Video: Alya Adriana

VIDEO PENUH BIGO LIVE SOFI JIKAN

 

Kredit Video: ASAL ARTIS

Kami di Buletin Netizen, mendoakan agar jangan lah sampai putus silaturrahim antara mereka berdua. Mereka berdua adalah pelakon yang hebat. Masing masing ada buat salah dan ada khilafnya tetapi sekiranya kita buang ego dan saling bermaafan isu ini pasti boleh selesai. – Buletin Netizen

error: Content is protected !!