Semoga Dipermudahkan Segalanya!Jihan Musa Dimasukkan Ke Hospital ” Saya demam. Anak pun kurang aktif. Doakan kami anak beranak sihat dan selamat ya,” -Jihan Musa

Pelawak dan pengacara, Jihan Muse yang kini hamil sembilan bulan bimbang dengan keadaan dirinya yang sedang demam.

Lebih membimbangkan, Jihan menerusi IG Storiesnya memberitahu bayi di dalam kandungannya juga kurang aktif.

Difahamkan, pengacara Gegar Vaganza itu telah ke hospital semalam.

Jihan turut meminta agar semua mendoakan kesihatannya dan bayi.

“Mak (Jihan) demam. Anak pun kurang aktif. Doakan kami anak beranak sihat dan selamat ya,” tulisnya

Menerusi satu entri IG Stories Jihan terdahulu dia ditemani suaminya, Ungku Hariz di hospital.

Jihan dan Ungku Hariz telah berkahwin pada 20 Mac 2016

Foto: Instagram Jihan Muse / Ungku Hariz

Terdahulu, Jihan mendedahkan jantina ‘Baby Boy’ Dalam Kandungan Jihan Muse..

Jihan bersama suami tersayang, Ungku Hariz. FOTO: Nur Ayikin Mayudin
KUALA LUMPUR: Akhirnya teka-teka apakah jantina bayi sulung pengacara Jihan Muse dan Ungku Hariz terjawab apabila mereka disahkan bakal menimang anak lelaki.

Perkara itu diumumkan oleh Konsultan Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) Dr. Norleen Mohd Salleh secara langsung menerusi aplikasi ‘facetime’ bersama selebriti berkenaan.

“Tiga hari lalu saya dah lihat gambar imbasan yang menampakkan seperti turtle”

“Alhamdulillah, secara rasmi Jihan dan Ungku bakal menimang bayi lelaki,” kata Norleen.

Dalam pada itu Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 34, berkata dia dijangka bakal bersalin pada awal Januari 2018 namun ada kemungkinan bayinya lahir awal dari tarikh jangkaan.

Jihan dijangka bersalin pada Januari 2018.

Tambah Jihan lagi, pada awalnya dia tidak mahu mengetahui jantina bayinya kerana sukakan kejutan.

“Insya-Allah saya dijangka bersalin pada awal Januari tapi takut bersalin awal pula. Sebab perut saya sudah besar.

“Pada awalnya saya tak nak tahu apa jantina bayi kami sebab tak nak kecewa. Bila dah tahu lelaki kang tiba-tiba keluar perempuan.

“Lagipun, saya suka kejutan. Tapi bila nak buat persiapan dan beli barang, hujung-hujung ni kenalah tahu juga,” kata Jihan.

Jihan dan Ungku ditemui ketika sidang media program Hi Mommy Jihan! dan majlis baby shower di Sanggul Restauran, Kuala Lumpur pada Selasa.

Majlis yang bertema ‘bohemian’ juga turut dihadiri rakan artis antaranya, Nad Zainal, Fara Fauzana, isteri kepada Nabil, Zira dan Mark Adam.

Jihan dan Ungku Hariz Faizal, 32, berkahwin pada bulan Mac tahun lalu dalam sebuah majlis sederhana yang diadakan di Laman Kayangan, Shah Alam.
Kandungan Sudah Enam Bulan, Jihan Masih Aktif

Sebelum ini Netizen risau Kandungan Sudah Enam Bulan, Jihan Masih lagi Aktif dengan aktiviti mengacara

SEJAK mengumumkan berita gembira bahawa dia dan suami sedang menunggu ‘ketibaan’ cahaya mata sulung mereka, pelakon dan pelawak Jihan masih lagi ligat dalam karier seninya.
Meskipun kandungannya semakin membesar, Jihan dilihat masih aktif ke sana ke mari, malah dia sendiri enggan berehat dan masih akan terus bekerja selagi keadaannya mengizinkan.

Isteri kepada pelakon Ungku Hariz ini juga menyatakan yang dia hanya akan berehat selepas melahirkan anak sulungnya itu.

“Alhamdulillah, kandungan sudah masuk bulan keenam, tiada alahan dan saya sudah bersedia untuk bekerja semula.

“Ketika kandungan awal tiga bulan memang tak boleh nak buat apa, sebab alahan agak teruk, sampai terpaksa batalkan beberapa projek. Tapi sekarang sudah okay.

“Masuk bulan keempat baru saya mula bekerja dan rasanya cukuplah berehat. Tak nak lah duduk rumah kembangkan badan sahaja,” katanya dipetik mStar Online.

Terbaru, Jihan dilaporkan akan menjadi pengacara Anugerah Skrin 2017 (ASK2017) bergandingan dengan Fahrin Ahmad dan Shuk Balas.

Ibu mengandung ini turut akan menggegarkan pentas Gegar Vaganza 4bersama partnernya, Nabil Ahmad.

“Insya-Allah, tak ada masalah untuk saya mengacarakan ASK2017 dan Gegar Vaganza kerana ini saya kira projek terakhir saya sebelum berehat.

“Produksi pun faham keadaan saya, mereka beri layanan baik dan saya tak rasa letih. Cumanya saya perlu lebih berhati-hati, tak boleh lasak sangat,”ujarnya.

Dalam pada itu, Jihan mengakui dia ada menjalani satu pembedahan kecil semasa awal kehamilan kerana penyakit apendiks yang dihidapinya.

“Masa bulan pertama itu terlalu awal nak kongsi dengan peminat, bulan keempat barulah saya rasa sesuai untuk kongsi dengan orang ramai.

“Lagipun, ketika itu saya diserang penyakit apendiks dan kesihatan pun tak berapa baik. Tak mahulah orang ramai risau pula,” ujarnya.

Nampak gayanya ibu mengandung ini masih kekal aktif walaupun sudah memasuki fasa trimester ketiga kehamilannya.

Semoga Jihan dan baby dalam perutnya itu sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan pengacaraannya itu nanti. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah Karim

error: Content is protected !!