Selepas Lama Berdiam Diri Tentang Kisah Viral Foto Suami Isteri Lawa Tapi Anak Hodoh, Model Ini Bongkar Kisah Sebenar ‘Lahirkan Anak Yang Hodoh’

Selepas tiga tahun dicemuh dan dihina ekoran sebuah gambar potrait yang menunjukkan pasangan ‘suami isteri’ yang tampan dan cantik bersama tiga orang anaknya yang dikatakan berwajah ‘buruk’ tersebar di media sosial, akhirnya wanita tersebut tampil mempertahankan dirinya, baru-baru ini.

Model kelahiran Taiwan, Heidi Yeh, menerusi satu sidang akhbar di Teipei pada Rabu melahirkan perasaan sedih berikutan penyebaran gambar tersebut yang menyebabkan kehidupannya bertukar mimpi ngeri, selain kurang mendapat tawaran kerja.

Memetik sebuah laporan portal antarabangsa, Yeh menyatakan beliau sebelum ini menandatangani kontrak bersama sebuah agensi model serta agensi iklan, J.Walter Thompson (JWT) untuk rakaman foto bagi sebuah klinik kosmetik dimana menurut kontrak, gambar potrait tersebut hanya akan digunakan dalam media cetak.

Bagaimanapun, gambar tersebut mula menjadi ‘viral’ apabila sebuah klinik kosmetik lain mula menggunakan gambar potrait tersebut untuk iklan kempen dalam talian.

Gambar berkenaan merupakan gambar sebuah keluarga yang terdiri daripada suami isteri dan tiga orang anak. Pada tahun 2012, model tersebut yang dikenali sebagai Heidi Yeh telah menjalani satu sesi penggambaran iklan.

Penggambaran tersebut dijalankan untuk meyakinkan orang ramai dengan kesempurnaan hasil pembedahan plastik di sebuah klinik kosmetik di Taiwan.

Hasil gambar tersebut memaparkan kedua-dua ibu bapa kelihatan sangat cantik, kacak dengan mata yang besar serta hidung yang mancung. Manakala gambar ketiga-tiga anak mereka pula sengaja disunting dengan bentuk mata yang kecil dan hidung yang besar.

Kapsyen bagi iklan gambar tersebut berbunyi:

“Satu-satunya perkara yang perlu anda risau adalah bagaimana untuk menjelaskannya kepada anak-anak.”

Menurut Heidi, kontraknya ditandatangani oleh agensi permodelan yang disertainya dan agensi pengiklanan antarabangsa, J Walter Thompson (JWT). Dikatakan iklan tersebut hanya akan disebarkan di surat khabar dan majalah oleh klinik berkenaan sahaja.

Walau bagaimanapun, JWT kemudiannya telah membenarkan klinik pembedahan plastik lain iaitu Simple Beauty untuk mempromosikan iklan berkenaan pada laman sesawangnya. Malah, pihak JWT sendiri meletakkan imej berkenaan pada laman rasmi Facebook JWT.

Berikutan itu, gambar ‘keluarga’ ini telah tersebar luas di Internet dengan kapsyen baru, “Pembedahan plastik – Anda tidak akan boleh menyembunyikannya untuk selama-lamanya”.

Beberapa lama kemudian, sebuah akhbar China telah menggunakan gambar berkenaan untuk menghasilkan satu kisah palsu. Kisah mengenai seorang suami dari Heilongjiang yang telah menyaman isterinya setelah mendapati isterinya telah melakukan pembedahan plastik sebelum mereka berkahwin. Malah, suami tersebut juga kesal kerana wajah anak-anak mereka tidak langsung kelihatan cantik dan menawan seperti wajah isterinya.

“Apabila pertama kali saya mendengar mengenai cerita ini daripada seorang rakan, saya sangkakan ianya cuma khabar angin,” kata Heidi Yeh.

“Kemudian, saya menyedari satu dunia sudah mengetahui mengenai kisah tersebut dan mempercayainya. Malah, teman lelaki saya pada waktu itu juga bertanya mengenai kesahihan cerita tersebut”.

Semenjak peristiwa itu, dikatakan Heidi sudah jarang menerima tawaran pekerjaan untuk menjadi model dan melakukan iklan. Sebelum ini, Heidi seringkali mendapat tawaran untuk iklan televisyen bagi syarikat-syarikat besar seperti KFC, Vaio dan produk penjagaan wajah dari Jepun.

“Orang sudah tidak percaya bahawa saya tidak pernah melakukan pembedahan plastik. Pelanggan akan bertanya sama ada saya adalah wanita di dalam gambar tersebut. Malah, saya juga hanya diberikan watak kecil di dalam iklan”.

Heidi turut mendakwa insiden ini telah menyebabkan kemusnahan pada kehidupan peribadinya.

Teman lelakinya telah mengambil keputusan untuk berpisah kerana malu dengan berita tersebut. Bukan sahaja itu, saudara-mara dan keluarga tunangnya sekarang turut sering bertanya mengenai khabar angin berkenaan.

“Saya kecewa dan sering menangis serta tidak boleh tidur. Perkara paling merugikan pada saya adalah apabila saya tidak mahu menjadi seorang model lagi”

Dalam satu kenyataan bersama BBC, JWTmemaklumkan bahawa kempen berkenaan dijalankan dengan tujuan ‘untuk mempromosikan perkhidmatan pembedahan plastik dengan cara yang lucu’.

JWT turut menyatakan bahawa pihaknya mempunyai hak cipta ke atas gambar berkenaan, justeru mereka juga mempunyai hak untuk menyunting dan menggunakannya.

Peguam Heidi iaitu Chang Yu-chi membalas kenyataan tersebut dengan berkata, “Kami memberikan anda hak cipta dan hak untuk menyunting gambar itu tetapi kami tidak memberikan anda hak untuk membenarkan syarikat lain menggunakan gambar tersebut secara atas talian”.

“Apa yang kami tahu, tiada siapa mengawal internet… Kami tidak terlibat dengan kesan daripada penyebaran gambar tersebut. Ia bergantung kepada bagaimana orang melihatnya dan apa yang mereka mahu lakukan dengannya”.

Kedua-dua syarikat bercadang untuk membuat tuntutan saman terhadap Heidi kerana telah mencemarkan nama baik syarikat mereka dan memohon jasa baik Heidi untuk mengadakan permohonan maaf secara terbuka.

Sesetengah netizen pula telah memberikan pelbagai reaksi berkenaan kemelut ini. Ada yang berpendapat Heidi hanya mahu meraih populariti untuk menaikkan kerjayanya.

Sementara itu, Heidi tetap dengan keputusannya untuk membuat tuntutan saman dan mendakwa dirinya sebagai mangsa buli siber.

Ibu kepada kanak-kanak perempuan di dalam gambar tersebut walau bagaimanapun mengakui bahawa suntingan imej tersebut telah membuatkan wajah anaknya kelihatan tidak menarik. Menurut wanita tersebut, anaknya menunjukkan rasa kecewa setelah melihat hasil gambar iklan tersebut.

“Saya tidak sanggup untuk melihat gambar itu… Kanak-kanak itu mungkin belum menggunakan media sosial tetapi mereka pasti akan terkesan setelah meningkat dewasa kelak”.

Susulan itu kata Yeh, beliau yang sebelum ini berpotensi meraih pendapatan lebih kurang 4 Juta NTD (RM512, 390) dalam bidang peragaan terpaksa menanggung akibatnya apabila agensi bakat mula memulaunya.

Tambah menyedihkan, Yeh dituduh menipu untuk berkahwin dan didakwa melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan cantik.

Terdahulu, sebuah akhbar Heilongjiang menyiarkan satu artikel yang kononnya seorang lelaki sanggup memfailkan saman dan menceraikan isterinya kerana melahirkan anak yang terlalu hodoh.

Kisah palsu itu nyata mandapat perhatian media antarabangsa yang rata-rata turut menyiarkan artikel berkenaan

Sebagai membersihkan namanya, Yeh kini manyatakan bahawa beliau akan memfailkan saman dengan menamakan agensi iklan berkenaan, JWT dan sebuah klinik kosmetik dengan jumlah sebanyak 5 Juta NTD sebagai pampasan kerana menyebabkan perkara itu berlaku.

Bagaimanapun, Simple Beauty iaitu klinik kosmetik yang menggunakan gambar potraitnya untuk tujuan iklan kempen tampil mempertahankan syarikatnya dengan menyatakan bahawa penggunaan gambar tersebut adalah mengikut prosedur yang betul dan mendapat kebenaran daripada JWT.

Manakala JWT pula menyatakan bahawa pihaknya berhak sepenuhnya ke atas gambar berkenaan dengan pemahaman bahawa gambar itu boleh diubahsuai sepertimana merujuk pada satu klausa dalam kontrak yang ditandatangi oleh Yeh.

Dalam kenyataan itu juga, JWT melalui badan peguam lantikan mereka akan membatalkan saman itu atas sebab tuduhan yang dilemparkan oleh Yeh itu tidak benar dan boleh menjejaskan imej syarikat JWT.

Sumber: BBC

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber : BBC via Era Baru

error: Content is protected !!