“Saya beli minuman $t@rbuck$ tadi. Tambah kacang di depan sekali, blends ekali. Saya terasa macam tergigit batu kecil, ingatkan kacang.Tapi Rupanya Gel Silika!

“BELI Starbucks tambah kacang. Kunyah-kunyah ingatkan kacang. Rupa-rupanya gel silika,” demikian twit seorang lelaki berkongsi mengenai nasib malang menimpa rakannya baru-baru ini.
Kicauan menerusi laman Twitter yang dimuat naik Sharil Bharin berserta dengan gambar perbualan bersama rakannya itu menimbulkan persoalan netizen, bagaimana insiden pelik itu boleh berlaku.

Berdasarkan gambar perbualan WhatsApp, mangsa, Hanis, hanya menyedari kejadian yang menimpanya apabila dia mendapati terdapat benda asing dalam minuman tersebut.

“Saya beli minuman Starbucks tadi. Tambah kacang di depan sekali, blends ekali. Saya terasa macam tergigit batu kecil, ingatkan kacang.

“Kemudian terasa plastik kecil, ingatkan cebisan plastik kacang itu tercicir. Sekali bila dah habis, saya buka cawan dan terjumpa benda ini,” katanya sambil menunjukkan gambar bungkusan plastik gel silika yang sebahagiannya telah hancur dikisar bersama dengan minuman yang dipesannya itu.

Ekoran kejadian itu, Hanis segera pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan, namun dirujuk ke Hospital Serdang, Selangor untuk pemeriksaan lanjut.

Pihak hospital mengambil darahnya sebanyak tiga kali dan Hanis juga menyatakan doktor menyarankan dia tularkan kejadian itu menerusi media sosial.

Di laman Instagram-nya, mangsa turut berkongsi beberapa simptom dan kesan jika termakan gel silika dan Hanis mengatakan dia juga sedang mengalami beberapa simptom tersebut.

“Seseorang yang tertelan gel silika akan mengalami mata kering, iritasi, radang tekak, selaput lendir serta rongga hidung jadi kering dan sakit perut. Selain itu, ia boleh menyebabkan pesakit itu terasa mual, sembelit atau muntah…”

Difahamkan, pihak Starbucks Malaysia juga telah mengambil maklum mengenai kejadian itu dan akan menghubungi Hanis serta mengambil tindakan awal berhubung kejadian itu.

Sebelum ini, Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) berjaya menerima ganti rugi AS$100,000 (kira-kira RM432,250) setelah mengalami luka serius akibat tersiram air panas dari secawan kopi Starbucks.

Joanne Mogavero, dari Tallahassee, Florida dekat sini pernah menderita luka melecur tahap pertama dan kedua akibat penutup cangkir minuman kopi miliknya itu tiba-tiba terjatuh di sebuah premis Starbucks pada 2014 lalu.

Media tempatan melaporkan, juri di sebuah mahkamah semalam berpendapat bahawa pihak Starbucks seharusnya memperingatkan setiap penggunanya mengenai risiko sekiranya penutup tersebut dapat terbuka sendiri.

Keputusan juri memutuskan pemberian pampasan sebanyak AS$85,000 (kira-kira RM367,412) untuk rasa sakit dan penderitaan yang dialami Mogavero serta lebih AS$15,000 (kira-kira RM64,837) untuk membayar kos rawatan.

Starbucks bagaimanapun mempertimbangkan untuk membuat rayuan balas atas alasan kecuaian pengguna tersebut sendiri yang tidak berwaspada dengan reka bentuk penutup cawan berkenaan apabila diisi oleh minuman panas.

Insiden pelik tersebut berlaku di sebuah premis pandu-lalu di Jacksonville ketika Mogavero mahu mengambil air kopi panas berkenaan daripada seorang petugas dan bersiap untuk memberikannya kepada penumpang kereta.

Salah seorang peguam bela kepada mangsa, Steve Earle menyatakan, “Klien saya tidak ingin perasaan simpati dari panel juri namun dia hanya ingin keadilan, dan juri telah memberikannya melalui keputusan pampasan.”

Dalam satu keterangaan pembelaan, pasukan peguam Mogavero mendedahkan saksi daripada seorang pegawai Starbucks ketika perbicaraan di Duval County bahawa firma itu pernah menerima 80 aduan dalam sebulan.

Ia berkaitan mengenai isu penutup cawan yang mudah terbuka atau bocor. Jurucakap Starbucks dalam pada itu menyatakan: “Seperti yang kami sampaikan ketika perbicaraan, kami tidak melakukan kesalahan apapun.”

Starbucks yang ditubuhkan di Seattle, Washington sejak 1971, kini memiliki hampir 13,000 cawangan di AS dan lebih 10,000 cawangan di seluruh dunia dengan sejumlah 238,000 pekerja. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

MYNEWSHUB.CC

error: Content is protected !!