Sambutan Hari Lahir Anak Ude Tanpa Intan & Ibu Metua Melawat Izreen!

Semalam pada 25 Disember, anak kepada pemuzik Gegar Vaganza iaitu Ude Wahid, suami Izreen Azminda telah menyambut hari lahirnya yang pertama.

Anak Ude ini bernama Ariq Muqri, sedap namanya.

Satu majlis sambutan hari lahir Ariq Muqri telah diadakan oleh Ude. Memang ramai ahli keluarga yang hadir ke majlis tersebut, termasuk ibu kepada Ude Wahid.

Sementara itu, ibu kepada Ude Wahid juga dilihat telah datang dan melawat ke rumah Izreen Azminda.

Izreen Azminda telah memuatnaik foto selfie bersama ibu mertuanya itu.

Melalui caption yang ditulis, Izreen Azminda mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu mertuanya (ibu Ude) kerana hadir ke rumahnya.

Izreen Azminda juga mengucapkan selamat hari lahir kepada anak tirinya itu.

Ini caption dari Izreen Azminda:

“Terima kasih ibu mentuaku. Sanggup mai jauh jauh nak makan nasik ayam bungkus kat umah saya.

“Selamat hari jadi buat dua hero baba dan bonda. Mama doakan semoga awak berdua menjadi manusia yang berjaya dan berilmu dunia akhirat.

“Buatkan mereka tersenyum bangga kerana itulah kepuasan abadi mereka. Selamat Hari Jadi buat Arish Muqri & Ariq Muqri

“Tuan cake ni memang seumur hidup la kena buat cake untuk kita sebab sedap sangat-sangat. Cantik dan kemas jer dia orang buat. Terima kasih”

Ini pula ucapan dari Ude Wahid kepada anak nya:

“Selamat hari lahir anakku, Ariq Muqri. Baba love you so much.
#myhero #jantunghati #myeverything #ariqmuqri #birthdayboy #1yearold

“Family is like music . Some high notes, some low notes, but always a beautiful song. #loveneverends #familycomesfirst

Ini beberapa foto sekitar majlis sambutan hari lahir anak Ude Wahid ini:

sumber:beritamemey

error: Content is protected !!