“Sabarlah Datuk Sri,Mungkin Ini Adalah Dugaan”-Netizen Simpati Ikan Koi Berharga Ribuan Ringgit Milik Aliff Syukri Banyak Yang Mati

Bila sebut sahaja ikan koi, pasti ramai orang tahu bahawa ikan ini bukanlah di jual dengan harga yang murah. Paling murah bolehlah dapat dalam RM 500 ke atas. Itu pun yang biasa-biasa. Kalau yang di import dari Jepun, harganya boleh cecah sampai ribuan ringgit. Kenapa ramai betul orang kaya dan tempat mewah ada pelihara ikan koi ini?Sudah pastilah kerana ianya nampak sangat cantik.

Kalau petang-petang rehat depan rumah yang ada ikan koi sambil beri makan kepada mereka,memang kita dapat rasa tenang melihat mereka berenang-renang.Betul tak?

Sebab itulah juga Ds Aliff Syukri memilih untuk membeli banyak ikan koi untuk di letakkan di dalam kolam ikan di hadapan rumah mewahnya ini. Setiap ikan yang di beli bukanlah murah. Ada yang berharga ratusan ringgit dan ada yang mencecah hingga RM 3,000 seekor.

Aliff Syukri menerusi channel rasminya di laman Youtube berkata, dia merasa sangat-sangat sedih kerana banyak ikan koi yang ada dalam kolam ikannya itu mati dan ada yang berpenyakit.
Dalam video itu, Aliff Syukri telah menunjukkan lokasi kolam ikan koi miliknya. Sebelum ini sudah ada beberapa ikan mahal miliknya yang mati dan Aliff Syukri membuat keputusan untuk menggorengnya daripada di buang begitu sahaja.

Kata Aliff Syukri, ikan koi yang bermasalah itu di asingkan dan di berikan antibiotik.Keadaan ikan koi yang nampak sangat cantik itu sangat menyedihkan kerana badannya di lihat seperti terkopak hingga menampakkan isi. Baru-baru ini Aliff Syukri juga ada bertanyakan perihal penjagaan ikan koi kepada followersnya di laman Instagram. Rata-rata ramai individu yang arif tentang perkara memberi banyak nasihat kepadanya.Ramai juga netizen bersimpati melihat ikan koi mahal miliknya mati begitu sahaja.

sumber: KisahDunia.COM via youtube TV Terlajak Laris

error: Content is protected !!