Romantis & Sweet! Amalina Bakri Beri Latihan Kepada Teman Lelaki Untuk Berpuasa

Sebelum ini,  wanita bergelar Kim Kardashian Malaysia, Dr. Amalina Bakri telah mencuri perhatian apabila memuat naik berapa keping foto bersama seorang lelaki kulit putih. Tanpa berselindung, Dr. Amalina mengakui jejaka yang berada di sampingnya itu ialah teman lelakinya.

Terbaru wanita berusia 30 tahun yang sedang mengikuti latihan surgical di The Royal College of Surgeons di England itu telah memuatnaik sekeping gambar bersama jejaka tinggi lampai berkenaan.

Menurut Amalina yang sedang berada di Sepanyol bagi meluangkan masa bercuti itu, beliau cuba untuk melatih teman lelakinya berpuasa namun berasa kasihan kerana dia hanya mampu bertahan selama lima jam sahaja.

Gambar tersebut mengundang perhatian para pengikutnya yang rata-rata memberikan pelbagai komen tentang hubungan mereka yang dikatakan sangan romantik dan memuji kesungguhan jejaka itu untuk berpuasa.

Pada yang masih belum mengenalinya, Amalina atau nama sebenarnya Nur Amalina Che Bakri pernah menggemparkan negara dengan memperoleh keputusan 17A1 sekali gus dinobatkan sebagai pelajar pintar dan terbaik SPM tahun 2004. Tamat saja SPM, Amalina melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara, University of Cambridge

Sumber:hangat.com

error: Content is protected !!