‘Pose’ pelik model fesyen Muslimah sebenarnya nak tunjuk…

Gaya yang dipamerkan oleh model Calaqisya tular kerana berbeza dengan kempen yang dilakukan butik itu sebelum ini. – Instagram

PETALING JAYA: Beberapa keping gambar model fesyen muslimah tempatan tular di Twitter apabila ia didakwa pelik, malah dilihat seakan meniru satu lagi jenama pesaingnya.

Bagaimanapun, kempen terbaru jenama itu dipercayai bertujuan mempromosikan acara pembukaan kedai pop-up Calaqisya di sebuah pusat beli-belah di ibu kota pada Sabtu.

Melihat gambar-gambar tersebut yang dimuat naik di media sosial, netizen mula mengaitkan gaya (posing) model yang jarang dilakukan oleh jenama tempatan lain menerusi kempen itu sebagai satu teknik pemasaran dan membimbangkan (disturbing).
Komen yang ditinggalkan oleh netizen kepada Calaqisya.
Seorang pengguna Twitter, @nztlizzatie pula cuba membuat perbandingan fesyen terbaru Calaqisya dengan jenama pesaingnya: “Calaqisya nak tiru AnaAbu ke?”

AnaAbu juga merupakan jenama tempatan yang menjual pakaian bersaiz longgar dan kerap menggunakan warna-warna bumi dalam koleksi pakaiannya.

Pengasas bersama Qalaqisya, Farah Azrina Khairuddin bagaimanapun menafikan perkara itu dan tampil menjelaskan bahawa pihaknya tidak meniru sesiapa seperti yang didakwa sebaliknya hanya membuat penggambaran fesyen yang sudah biasa dilakukan oleh jenama lain.

screenshot gambar sahaja dan kemudian kecam. Kenapa tidak screenshot gambar keseluruhan?,” tulisnya.

Bagi @fynmazhan pula, dia berpendapat bahawa tiada masalah dengan iklan yang dipromosikan itu kerana sudah ada jenama antarabangsa lain yang juga melakukan gaya gambar yang sama.

“Jenama antarabangsa lain buat juga gaya macam itu, tapi tulah kan bukan nak sokong keluaran tempatan yang hebat macam ini. Tahu nak kecam sahaja.”

Sumber Mstar

error: Content is protected !!