Pengakuan : Haqiem Rusli akui menyimpan perasaan terhadap Wany Hasrita

KUALA LUMPUR 28 Mac – Penyanyi yang menang tempat ketiga Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) menerusi lagu Tergantung Sepi, Haqiem Rusli, 20, tanpa berselindung mengakui dirinya menyimpan perasaan terhadap Wany Hasrita, 26.

Menerusi entri yang telah dipadam di akaun laman sosial Twitter miliknya, Haqiem pernah membuat pengakuan dia amat meminati perwatakan Wany yang juga rakan artis yang bernaung sebumbung dengannya di FMC Music.

“Selain cantik, Wany seorang yang sangat sopan orangnya. Dia pun seorang yang suka mengambil berat.

“Sejauh mana perasaan suka tu saya tidak tahu nak jelaskan. Tetapi saya ada rasakan sesuatu,” jawabnya ringkas tanpa mahu mengulas lanjut.

Meskipun Haqiem telah memadam status tersebut, namun terdapat segelintir peminat perempuannya meluahkan kekecewaan terhadap Haqiem.

Malah, ada peminatnya yang mengaku kalah dan mahu mengundur diri setelah mengetahui Wany memiliki kriteria wanita idaman Haqiem.

Pun begitu, terdapat juga peminatnya yang berpendapat Haqiem cuma syok sendiri kerana Wany sebelum ini pernah berkongsi ciri-ciri lelaki kesukaannya

“Cita rasa Wany adalah lelaki tinggi, berkulit hitam manis dan kacak. Awak tu putih orangnya. Jadi, tak payahlah perasan,” memetik komen yang ditinggalkan seorang peminatnya. – UTUSAN ONLINE

Ada Peminat Tawar Diri Jadi Kekasih Haqiem Rusli

TINDAKAN penyanyi Haqiem Rusli memuat naik status mendedahkan status dirinya yang solo sejak dua tahun lalu mencetuskan perhatian dalam kalangan pengikutnya di Instagram.

Mana tidaknya, Haqiem, 20, menerusi status itu memberitahu dia disakiti namun yakin insan yang dicintai akan ditemuinya suatu hari nanti.

“Dua tahun lebih diri ini tidak berpunya setelah disakiti beberapa waktu dulu.

“Pedih namun aku akan terus maju kehadapan, yang ku cintai satu hari nanti akan tiba,” tulisnya.

Rata-rata peminat terutamanya wanita tampil menasihati Haqiem agar tidak kecewa dengan kegagalan percintaan dihadapi kerana usia dia masih muda.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/02/haqiem-rusli-peminat/~/media/35837b3029c8434aa7ca85c3abfcf881.ashx?la=en

Luahan Haqiem undang perhatian peminat.

Tidak kurang ada peminat menawarkan diri untuk menjadi kekasih penyanyi lagu Jatuh Bangun itu sebagai pengganti teman wanitanya.

“Jangan bimbang Haqiem, Allah ada… doalah, luah denganNya jika Haqiem ada masalah.

Single is better. Biar takdir menentukan… semoga Haqiem dapat bertemu dengan perempuan yang diingini mengikut ciri-ciri wanita yang diidamkan.

“Anda tidak keseorangan. Saya ada di sini untuk anda. Haqiem tak nampak ke jodoh anda tengah komen ni?,” antara komen ditinggalkan oleh peminatnya di ruang komen.

image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2018/01/02/haqiem-rusli-peminat/~/media/eb65ac5cbd3c41bd8084ba2afa934ffb.ashx?la=en

Haqiem Rusli.

Dalam pada itu, ada pula peminat meminta agar Haqiem tidak memikirkan soal cinta buat masa ini kerana ia akan memudaratkan dirinya.

Sebaliknya ramai meminta agar dia terus fokus terhadap karier nyanyiannya yang semakin berkembang dan tidak mensia-siakan peluang diberikan.

“Daripada fikir soal cinta, baik fokus kepada kerjaya anda terlebih dahulu. Jangan sia-siakan potensi yang ada dalam diri Haqiem.

“Kami sentiasa menyokong kerjaya Haqiem dan percintaan itu boleh difikirkan kemudian, Haqiem pun masih muda lagi,” tulis peminatnya.

Bagaimanapun ada pula meminta agar Haqiem mengembangkan kata-katanya itu sebagai lirik lengkap untuk dijadikan sebuah lagu.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my

error: Content is protected !!