Pemandu Uber Ini Bawa Bekas Kekasihnya Bersama Kekasih Barunya Sebagai Penumpang

Tanggal 14 Februari merupakan hari yang sangat istimewa bagi sebuah pasangan untuk mencipta kenangan manis bersama.

Hari kekasih atau Valentine’s Day disambut dengan penuh kasih sayang dan melahirkan rasa cinta yang mendalam terhadap pasangan anda. Perkara tersebut akan menjadikan sesebuah percintaan semakin kuat dan lebih mesra.

Tetapi, apa yang terjadi pada lelaki ini amat menyedihkan. Tidak seperti lelaki lain yang gembira bersama teman wanitanya menyambut Hari Kekasih, sebaliknya lelaki ini mengalami detik-detik yang membuatkan anda bergelingan air mata.

Seorang lelaki berasal dari Filipina ini merupakan seorang pemandu Uber. Seperti biasa, dia akan mengambil dan menurunkan penumpang untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Apa yang membuatkan anda terkejut ialah apabila penumpang yang amat dikenalinya satu ketika dulu merupakan bekas teman wanitanya dikenali sebagai Magallon bersama kekasih barunya iaitu seorang ‘mat salleh’.

Terkejut bertemu kembali dengan bekas teman lelakinya bersama-sama dengan kekasih barunya, wanita itu kemudiannya telah membuat aduan kepada Uber mengenai insiden tersebut.

Kepada pemandu Uber atau Grab di luar sana, anda harus tabah dan banyakkan bersabar sekiranya anda mendapat request dari penumpang yang anda pernah cintai satu ketika dahulu.

 

sumber:taikotai.tv

error: Content is protected !!