Pasti Jadi Wedding Of The Year 2018! Fattah, Fazura sanding 25 Februari 2018!

KUALA LUMPUR: Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, memilih bulan yang sering dikaitkan dengan cinta iaitu Februari untuk majlis resepsi mereka.

Majlis berkenaan diadakan tiga bulan selepas pasangan romantis itu mendirikan rumah tangga.

Menerusi kad undangan yang dilayangkan wakil Fattah kepada pihak media, pasangan pelakon drama bersiri Hero Seorang Cinderella ini memilih tarikh 25 Februari untuk meraikan hari bersejarah mereka bertempat di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.

Pasangan terbabit selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkenal, di ibu negara, 27 November lalu.

Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0, itu hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam.

Kronologi kisah cinta Fattah, 27, dan Fazura bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri popular itu sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.

Kehadiran Fattah pada acara pertunjukan fesyen House of Doll milik Fazura sambil memberi jambangan bunga di atas pentas serta menghadiahkan 500 kuntuman mawar ketika sambutan ulang tahun penyanyi Sayangi Dirimu itu, September lalu, menguatkan lagi desas-desus mereka sememangnya bercinta.

Ketika mengerjakan umrah pada 15 hingga 23 November lalu, pelbagai spekulasi mengenai ikatan sebenar pasangan ini timbul, sekaligus ada yang mengatakan mereka sudah bernikah ketika berada di Tanah Suci Makkah.

Enggan terus berteka-teki, Fattah dan Fazura meleraikan tanda-tanya itu dengan memaklumkan mereka sudah mengikat tali pertunangan pada 13 November, sama seperti tarikh yang pernah dilaporkan BH sebelum ini.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2018/02/386420/fattah-fazura-sanding-25-februari

Fattah, Fazura diijab kabul

KUALA LUMPUR :Pasangan sensasi, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara, malam tadi.

Nur Fazura atau Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH 3.0 itu hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam.

Pada majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat kedua-duanya, pelakon J Revolusi berkenaan kelihatan anggun mengenakan baju kurung moden sentuhan pereka kegemarannya,

Rizman Ruzaini dan solekan oleh Sheila Mohamed, manakala Fattah pula segak berbaju Melayu.

Baru-baru ini, teraju utama telefilem Wanita Terindah itu mengumumkan mereka sudah pun bertunang pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura, sekali gus menangkis dakwaan sudah bernikah seperti yang hangat diperkatakan di laman sosial.

Berita itu juga secara tidak langsung mengesahkan laporan yang dibuat BH Online sebelum ini.

GAMBAR fail. Pelakon, Fazura (kiri) bersama Fattah Amin pada sidang media di Hotel Royale Chulan. – Foto Nurul Syazana Rose Razman

Kronologi kisah cinta

Pada sidang media itu juga, mereka turut memaklumkan majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup itu akan berlangsung dalam masa terdekat, manakala resepsi pula akan diadakan pada awal tahun depan.

Kronologi kisah cinta Fattah, 27, dan Fazura bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.

Kehadiran Fattah pada acara pertunjukan fesyen House of Doll milik Fazura sambil memberi jambangan bunga di atas pentas serta menghadiahkan 500 kuntuman bunga mawar ketika sambutan ulang tahun penyanyi Sayangi Dirimu itu, September lalu, menguatkan lagi desas-desus mereka sememangnya bercinta.

Ketika mengerjakan umrah pada 15 hingga 23 November lalu, pelbagai spekulasi mengenai ikatan sebenar pasangan ini timbul, sekaligus ada yang mengatakan pasangan itu sudah bernikah ketika berada di Tanah Suci Makkah.

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2017/11/356072/fattah-fazura-diijab-kabul

error: Content is protected !!