Pasangan suami isteri tidak menghirau kekurangan bayi ini selain melihat wajahnya yang comel dan menawan. Ternyata kehidupan mereka berubah sejak itu…

Pasangan suami isteri dari Utah, Amerika Syarikat telah mengambil seorang anak angkat perempuan dari Filipina yang kelainan upaya.

Mereka berfikir dengan mengambil anak ini sebagai anak angkat mereka, ia akan mengubah kehidupan anak kecil ini menjadi lebih baik.

Apa yang mereka tidak jangkakan, kehadiran anak ini telah mengubah kehidupan mereka juga. Anak kelainan upaya ini telah mengajar mereka untuk lebih menghargai dan sentiasa menjadi gembira walaupun kepada perkara yang kecil.

Pada usia 6 bulan, Maria telah ditempatkan di Chosen Children Village, sebuah rumah anak yatim di Silang, Filipina. Maria seorang anak yang cantik dan comel seperti mana bayi yang lain, kecuali Maria dilahirkan tanpa mempunyai anggota tangan dan kaki.

Kredit : Facebook | Love What Matters

Dengan tuah menyebelahi anak kecil ini dan takdir yang telah ditentukan, Adrianne dan Jason Stewart dari West Jordan, Utah, Amerika Syarikat telah terlihat foto Maria semasa mereka sedang melihat senarai foto anak-anak yang menunggu giliran untuk proses pengambilan anak angkat pada 14 Oktober 2014.

Sebaik sahaja mereka melihat gambar tersebut, mereka terus jatuh cinta dengan bayi Maria.

Kredit : Facebook | Love What Matters

Menurut Adrianne, “Maria mempunyai senyuman yang paling manis dan cantik. Pada waktu itu, kami tidak mempunyai rancangan untuk mengambil anak angkat istimewa yang kelainan upaya, akan tetapi kami telah jatuh cinta dengannya. Kami telah dapat merasakan yang Maria perlu menjadi sebahagian daripada keluarga kami.”

Pasangan Adrianne dan Jason telah pun mempunyai dua orang anak perempuan yang berusia 11 dan 13 tahun , bersama seorang anak angkat lelaki yang berasal dari Filipina bernama Joshua, berusia 6 tahun.

Ia memerlukan banyak keberanian dan kepercayaan bagi ibu bapa ini membuat satu keputusan yang sukar untuk mengambil seorang anak angkat kelainan upaya. Akan tetapi, akhirnya mereka membuat keputusan untuk mengambil Maria sebagai anak angkat mereka.

Adrianne menulis di dalam Facebook, “Kami tahu, kami akan menyayanginya dan itu adalah perkara yang paling penting!”

Kredit : Facebook | Love What Matters

Keluarga Stewart mengambil masa selama setahun menunggu proses pengambilan anak angkat itu sebelum mereka kembali ke Filipina dan mengambil Maria sebagai anak angkat mereka yang sah dan membawanya ke Amerika pada bulan Oktober 2015.

Selepas menemui Maria yang sentiasa tenang dan berwajah lembut, kerisauan yang berada di dalam hati mereka terus hilang.

Adrianne berkata, “Walaupun baru bertemu dengannya buat pertama kali, kami fikir mungkin dia akan takut dan gementar untuk menemui orang asing. Seperti dia pernah melihat gambar kami, Maria menerima kami dengan baik dan gembira sambil wajahnya yang comel tersenyum kepada kami dan ia amat mengagumkan.”

Kredit : Facebook | Love What Matters

Penjaga rumah anak yatim di situ tidak dapat menahan kesedihan apabila beliau melihat saat gembira Maria akhirnya telah bertemu dengan keluarga barunya.

Keluarga Stewart membawa Maria pulang ke rumah mereka yang sederhana di Utah dan segalanya berjalan dengan lancar. Pada mulanya Maria berasa tidak selesa sehingga akhirnya dia telah dapat menyesuaikan diri bersama keluarga Stewart dan rumah barunya.

Menurut Adrianne, “Cabaran bagi Maria menyesuaikan diri hanya sementara, kerana jiwa Maria sentiasa dipenuhi sinar dan wajahnya itu memancarkan kegembiraannya”

Selepas beberapa waktu, Maria telah dapat berhubung baik dengan adik-beradiknya yang lain, terutama sekali bersama Joshua. Bagi Joshua, Maria adalah sama seperti adik-beradik yang lain. Maria hanyalah adik perempuannya.

Kredit : Facebook | Love What Matters

Keluarga Stewart berfikir dengan mengambil Maria sebagai anak angkat, ia akan mengubah hidup anak kecil ini. Tanpa disedari, sebenarnya Maria yang telah mengubah hidup mereka.

Setahun selepas Maria berada di rumah barunya, Adrianne telah berkongsi pengalaman di dalam video “Pengambilan anak angkat kelainan upaya yang telah mengubah kehidupan kami selamanya.” Adrianne berharap kisah mereka akan memberi inspirasi kepada yang lain untuk mengambil anak angkat yang kelainan upaya.

Kredit : Facebook | Love What Matters

Jason pula berkata, “Maria sangat penyayang. Dia sangat sukakan anak patung haiwannya, dan setiap kali waktu makan kami perlu menyuapkan anak patung beruangnya terlebih dahulu sebelum memberi makan kepadanya.”

Adrianne berkata, “Di sebalik kekurangan dirinya, Maria melakukan perkara yang sama seperti kanak-kanak lain, cuma dalam cara yang sedikit berlainan.”

Kredit : Facebook | Love What Matters

Pada usia 3 tahun, Maria memasuki sekolah tadika dan menjalani sesi terapi fizikal, pertuturan dan latihan kendiri sebulan sekali. Selain suka bermain dengan anak patungnya, Maria sangat menyukai muzik era 80-an.

Maria kini sudah boleh makan dengan sendiri dengan menggunakan alatan sudu dan garfu khas, bermain dengan komputer dan tablet dan dia suka mewarna menggunakan alatan yang boleh digunakan dengan mulutnya, yang dicipta oleh doktor giginya. Maria juga pernah mencuba menunggang kuda bersama ayahnya.

Kredit : Facebook | Stewart Family

Adrianne menulis, “Kami meletakkan had kepada kemampuannya dan kemudian kami dapat melihat apa yang dia boleh lakukan seperti mana yang kami ajarkan kepadanya.”

Maria boleh mengawal sendiri kerusi roda yang dicipta khas untuknya dari Hospital Shriner dengan menggunakan hujung lengannya dengan mudah.

Kredit : Facebook | Love What Matters

Adrianne berkata, “Maria telah membuat diri kami semua menjadi lebih baik. Maria telah mengajar kami menemui kegembiraan dalam perkara yang kecil, tidak berasa sedih dan kecewa dengan apa yang tidak boleh dimiliki dan tidak mengambil kesempatan ke atas perkara yang tidak kami miliki. Perkara yang paling penting ialah dia mengajar kami tentang perkara yang boleh kami lakukan lebih daripada apa yang kami fikirkan.”

Kredit : Facebook | Stewart Family

Keluarga Stewart berasa kehidupan mereka lebih bermakna dan gembira selepas mengambil Maria sebagai anak angkat sehingga mereka mendapat berita Joshua telah didiagnos dengan leukemia ‘acute myeloid’ dengan 65 peratus peluang untuk selamat.

Adrianne berkata kepada PEOPLE, “Dan dalam sekelip mata sahaja dunia kami yang sempurna terasa berkecai. Dunia kami bertukar suram.”

Kredit : Facebook | Stewart Family

Maria sering melawat abangnya, Joshua di hospital dengan kerap. Menurut Adrianne, “Dia berlatih menggunakan kerusi rodanya di ruang legar hospital. Kami menghadapi kesukaran yang dialami Joshua bersama-sama.”

Di sebalik berita sedih, seluruh ahli keluarga Stewart menghadapi masa yang sukar ini bersama-sama dengan tabah dan berani.

Kredit : Facebook | Stewart Family

Jason menulis di dalam Facebook, “Kami tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Kami menaruh harapan yang tinggi dengan apa yang akan terjadi kepada Joshua. Sementara kami sedar akan segala kemungkinan, kami memilih untuk memberi tumpuan kepada perkara positif. Kami pernah menghadapinya dan akan menghadapinya sekali lagi.”

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru

error: Content is protected !!