Pasangan Ini Ingin Keselesaan Ketika ‘Bersama’ Didalam Kereta Tetapi Akhirnya Mereka Memang Pergi Bersama

SEORANG lelaki dan wanita ditemui mati bogel di dalam kereta dipercayai lemas selepas menghidupkan enjin kereta untuk mendapatkan suhu panas semasa melakukan hubungan seks.

Mayat lelaki berusia 39 tahun dan seorang wanita berusia 44 tahun ditemui oleh polis dalam garaj berkunci di bandar Bottrop di negara barat Jerman.

Penyiasat berkata pasangan berkenaan yang namanya belum didedahkan, dipercayai telah menghidupkan enjin kereta untuk mendapatkan haba panas, menyebabkan mereka mati lemas.

Tiada siapa menyedari enjin kereta itu telah dihidupkan selama berjam-jam di dalam garaj besi yang terletak di belakang sebuah bangunan komersial itu.

Polis membuka pintu garaj kerana keluarga lelaki itu melaporkan bahawa dia hilang selama beberapa hari.

Sementara itu, pegawai-pegawai di bandar itu juga telah memulakan siasatan ke atas kehilangan wanita terbabit secara tiba-tiba.

Polis berkata tiada bukti jenayah ditemui tetapi para saintis forensik berusaha untuk menentukan apa yang berlaku.

Ujian sedang dijalankan untuk menentukan tahap karbon monoksida dalam darah pasangan.

Jurucakap polis berkata: “Pada masa ini semua bukti menunjukkan ia satu kemalangan.

“Untuk merungkaikan semua keraguan, pendakwa awam mengarahkan autopsi dilakukan ke atas mayat.” -Mirror

SUMBER : MSTAR

Artikel Lain ..
>Pasangan Kekasih Ini Duduk Dalam Kereta Sepanjang Hari Tapi Semua Orang Terkejut Apabila “Pintu Dibuka”

Di cuaca yang panas seperti ini, banyak orang akan memilih untuk membuat perjalanan menggunakan kereta peribadi. Entah itu untuk menuju ke pusat perbenlajaan berAC, atau juga hanya sekadar rehat di kereta. Namun belum lama ini ada sebuah kejadian yang patut menjadi perhatian kita semua, dan peringatan pada saat menyalakan udara dalam kereta.

Kereta ini berhenti di pinggir jalan, di dalamnya adalah sepasang lelaki dan wanita. Mereka berhenti dalam waktu yang cukup lama, namun orang di sekitar tidak berani untuk mengganggu mereka.

Kaca filem tingkap kereta cukup tebal sehingga tidak dapat melihat keadaan didalam, namun kereta tersebut sama sekali tidak bergerak hingga senja.

Orang di sekitar pun tidak tahu apa yang dilakukan pasangan tersebut di dalam, namun kerana kereta tersebut tidak juga pergi, akhirnya ada beberapa orang yang cuba menelefon polis.

Setelah polis datang, polis cuba mengetuk pintu, namun tak dibuka.Akhirnya pintu kereta pun dibuka secara paksa, dan mereka ternampak perkara yang tidak mereka percayai.

Kedua orang tersebut sudah meninggal dunia di tempat. Tapi, mengapa hal ini boleh terjadi? Mengapa dalam tempat yang begitu selesa, hal ini boleh terjadi ?!

Rupanya kerana mereka berdua menutup pintu dan tingkap dengan rapat dan kini sedang tidur di dalam kereta, menghirup terlalu banyak gas karbonmonoksida.

 

Ini adalah peristiwa yang benar-benar tragis. Semoga melalui kejadian ini, kita boleh lebih berhati-hati lagi. Jangan pernah menutup tingkap dan membuka AirCond saat tidur dalam kereta!

Malah Banyak kejadian ini sering kali berlaku seluruh dunia. Jangan biarkan kereta dalam keadaan ‘idle’ terlalu lama dengan aircond terbuka.

sumber: pixpo

error: Content is protected !!