“Panjangnya Kuku , Wuduk Lalu Tak Tu?”-Gambar Romantis Tun Mahathir Dicemari Komen Haters

Tudung Mana, Wuduk Sah Tak Tu?-Gambar Romantis Tun Mahathir Dicemari Komen Haters

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir memang dilihat sentiasa romantis dengan isterinya, Tun Dr Siti Hasmah.Dari muda sampai tua, pasangan ini selalu dijadikan idola kerana dilihat sentiasa bergurau senda antara satu sama lain.

Cerita cinta mereka sering dapat dilihat kebelakangan ini semenjak Tun Mahathir rajin memuat naik gambar mereka berdua di laman sosial.Di Twitter Tun ada memuat naik gambar beliau mengusik dengan mengambil makanan Dr Siti Hasmah ketika dia sedang makan.

Ramai netizen memuji cara Tun bergurau mesra dengan isterinya walaupun telah lanjut usia sehingga ada yang meminta tips. Pun begitu ada juga segelintir memberi komen yang tidak enak dibaca.Ada yang menyuruh Tun Dr Mahathir supaya tegur dan menyuruh Tun Dr Siti Hasmah menutup aurat kerana berdosa untuk suami yang tidak menjaga aurat isteri.Menurut Tun Dr Mahathir, isterinya mempunyai hak samada ingin memakai hijab atau tak, dan bukan dengan hijab jadi ukuran untuk menilai seseorang.

Ada juga yang mengecam Tun kerana berkuku panjang dan menegur sah ke wuduknya? Gambar begitu pun ada yang zoom.

Bila dah jadi orang yang dikenali, macam cara orang cuba nak menjatuhkan. Jaga la adab masing-masing sebab Tun pun dah berumur, sekurang-kurangnya mereka perlu hormatnya sebagai seorang yang lebih tua.

 

sumber-CARI Forum

 

error: Content is protected !!