Panas!Sudah Heboh Di Berita Indonesia, Lelaki Dari Indonesia Ini Mahu Bawa Isteri Engku Emran, Bella Ke Muka Pengadilan Atas Kesalahan Penipuan dan Menggelapkan Wang! Biar Betul??

Artis dari seberang iaitu isteri kepada Engku Emran, yang bernama Bella ini semakin dikenali ramai. Sejak menikah dengan Engku Emran namanya semakin menjadi sebutan netizen di Malaysia.

Dikenali sebagai susuk seorang wanita yang baik hati,cantik dan solehha, maka tidak hairanlah jika Bella di minati dan dikagumi ramai orang baik di Malaysia mahupun di Indonesia.

Setelah beberapa bulan menikah dengan Engku Emran,Bella nampaknya makin bahagia dan hubungannya dengan anak tirinya Alisya semakin rapat dan mesra.

Pendek kata Bella seorang wanita yang cukup sempurna di mata orang ramai.

Namun di Jakarta Indonesia, ada khabar tidak enak bertiup kencang hingga viral di laman sosial dan di keluarkan di kaca TV sana apabila seorang lelaki yang juga seorang usahawan bernama Jimmy Sanjaya mahu mengheret Bella ke muka pengadilan atas dakwaan penipuan wang dalam soal jual beli hartanah.

Menurut lelaki berkenaan kes iniberlaku pada tahun 2009 dimana dia ditawarkan Bell untuk penjualan tanah.Asalnya tanah itu di jual dengan harga 911.200.000 Rupiah dan Jimmy membayar muka sebanyak 140 juta rupiah. Bakinya akan di bayar setelah semua dokumen siap mengikut akta jual beli.

Menurut Jimmy belum selesai semua urusan dokumen, Bella tiba-tiba menaikkan harga  hingga penambahan Rp 300 juta membuatkan Jimmy terkejut dan mahu membatalkan jual beli ini.

Kata Jimmy “Kesepakatannya berbeda dengan harga awal, jadi saya merasa keberatan dengan harga itu dan sampai sekarang, uang muka saya sudah saya berikan, tidak di kembalikan,”

Hal ini mebuatkan ramai peminat Bella marah akan dakwaan lelaki tersebut kerana menurut mereka kes itu terlalu lama dan kenapa mengambil masa bertahun-tahun untuk membuat dakwaan itu apatah lagi setelah Bella sudah menikah dan sudah bersuami.

Sehingga kini pihak Bella masih belum membuat sebarang kenyataan rasmi namun dipihak pengurusan artis, mereka mengatakan Bella tidak bersalah dalam hal inidan mereka masih melalui proses siasatan untuk ke peringkat selanjutnya

sumber:kisahdunia

 

error: Content is protected !!