PANAS, APA NAK JADI NI! – “Senang Dan Cepat”. Khidmat Bekal Pelacur Di F4c3book.

Populariti laman sosial Facebook yang luar biasa turut menjadikan ia satu medium untuk memasarkan pelbagai barangan termasuk yang kurang sihat seperti wanita dan pelacuran.

Mungkin disebabkan tumpuan luar biasa masyarakat ke Facebook, maka tanpa segan dan silu sesetengah bapa ayam memilih untuk memasarkan ‘produk’ mereka di laman berkenaan.

Tinjauan Mynewshub.my menemukan sebuah Fan Page bertajuk Malaysia No 1 Call Girl Service . 3C Agent : 0129599***.

Setakat ini sudah lebih 1,000 pengguna Facebook yang memilih untuk Like page berkenaan.

Mungkin kesemua mereka itu memerlukan kemas kini secara berterusan akan di mana dan bila mereka boleh menerima ‘bekalan ayam’.

Apa yang menarik, si bapa ayam yang menawarkan khidmat tempahan pelacur itu pula yang merungut di dinding Facebook kerana ‘tidak menang tangan’ melayan kerenah pelanggannya yang mahu perkhidmatan yang pantas di tengah-tengah kesesakan jalan ibukota.

Pengendali akaun Facebook syarikat itu yang hanya dikenali sebagai Agent 3C, meminta agar pelanggannya memahami suasana trafik yang sesak dan tidak mengharapkannya mampu menghantar gadis yang ditempah dalam tempoh yang terlalu singkat.

“Banyak customer (pelanggan) mahu cepat . Tetapi trafik kuala lumpur sesak tiap tiap hari .harap kamu boleh fahami. Jangan suruh saya hantar dalam 10 minit. its imposibble (ia mustahil) ,” katanya pada Ahad lalu di sini.

Baru-baru ini, Mynewshub.my menerima kiriman emel dari seorang pembaca yang memberitahu kewujudan sebuah agensi yang menawarkan khidmat wanita pelayan di ibu negara secara terbuka di laman Facebook.

Agensi yang hanya dikenali sebagai 3C itu menawarkan gadis-gadis jelita warga asing untuk dijadikan teman kepada sesiapa yang berminat mengikut tempoh tempahan dan negara asal ‘teman-teman segera’ yang terpilih.

Menurut maklumat di laman tersebut, agensi terbabit membekalkan khidmat-khidmat gadis dari China, Thailand dan Indonesia mengikut harga yang telah ditetapkan dari RM180 hingga RM700 mengikut jumlah jam diinginkan.

Selain akaun Facebook, ‘Malaysia No 1 Call Girl Service’ berkenaan, agensi 3C itu juga turut mempromosikan ‘perniagaan’ mereka di blog rasmi mereka, ‘No 1 Malaysia Escort Service 2011’.

Dipercayai setelah agen tersebut menyatakan bahawa pelanggan boleh buat sesuka hati saja kepada gadis-gadis tersebut, ramai ‘lelaki hidung belang’ yang berminat untuk mendapatkan khidmat mereka.

“Yes, Good service. Can do whatever u want” katanya agen 3C yang beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor itu.

Meskipun laman web itu menyiarkan nombor telefon bimbit untuk dihubungi bagi urusan ‘perniagaan’ tersebut, nombor yang tertera gagal dihubungi oleh beberapa individu yang merungut di dindingnya.

“Where r u in KL? U r mobile not working (Di mana lokasi anda di KL? Mobil (telefon) anda tidak berfungsi.

“I call so many times but number is not in service u have any other number? (Saya hubungi banyak kali tapi nombor tiada dalam perkhidmatan anda ada nombor lain?,” komen Koteswararo Vaddavalli di laman Facebook tersebut.

“I call xdapat la..” kata kucing hodoh pula di dinding yang sama.

Aktiviti ini dan yang seumpamanya dengannya perlu mendapat perhatian pihak berkuasa kerana Facebook digunakan anggota masyarakat pelbagai usia termasuk yang masih bersekolah.

 

sumber:mynewshubbb

Selanjutnya

7 CARA MERAPATKAN ‘MISS V’ KEMBALI SEPERTI PERAWAN

Perkara ini sewajarnya diambil berat oleh kaum wanita. Ianya penting untuk menjaga hubungan antara suami dan kisteri terutamanya.
 
1. Jangan suka menggaru faraj
Kadang-kadang kita sebagai wanita tidak menyedari suka menggaru faraj, hal ini dikarenakan adanya kuman atau kulat yang melekat pada faraj. Kerana bila sering menggaruk faraj akan terasa perih dan lecet dan membuat iritasi pada faraj.
< >2. Dengan menggunakan ramuan tradisional
Untuk membersihkan atau mengurangkan cecair keputihan, anda boleh menggunakan ramuan tradisional dari bahan herba seperti daun sirih, yang memang dipercaya dapat mengatasi keluhan seputar organ intim wanita. Caranya:

1. Ambil kurang lebih 5 helai daun sirih
2. Kemudian cuci bersih dan rebus dengan air secukupnya hingga matang dan daun sirih mula layu, kemudian diamkan beberapa saat hingga hangat, lalu boleh anda gunakan untuk membasuh faraj. Disyorkan untuk tidak terlalu sering menggunakan air rebusan daun sirih kerana akan membunuh bakteria baik di dalam faraj.
 
3. Jika keputihan sudah memasuki tahap patologi, kemudian rujuk kepada doktor.

4. Meruang Faraj
Meruang faraj dilakukan dengan cara menekan titik-titik saraf yang berkaitan dengan saraf faraj. Tujuan dari meruang faraj ini adalah melancarkan aliran darah ke faraj serta menguatkan otot-otot di daerah pinggul. Jika aliran darah lancar menuju faraj, maka cecair keputihan yang keluar berjalan normal. Meruang faraj hanya boleh dilakukan pada mereka yang sudah mahir sahaja.

5. Bertangas
Bertangas merupakan cara lama yang biasa dilakukan perempuan sebelumnya. Caranya dengan membakar pelbagai jenis rempah-rempah wangi. Tujuan dari pengasapan adalah untuk mematikan bakteria dan menjaga faraj agar tetap kering. Cara pengasapan faraj ini mudah sekali dilakukan sendiri di rumah. Jangan terlalu sering melakukan cara ini, kerana akan membuat bakteria baik dalam faraj mati. Cara ini boleh dilakukan 2 minggu sekali dengan tujuan memberikan kuasa faraj agar tidak mudah diserang penyakit.

6. Ambil herba sebagai ubat atau makanan tambahan pendamping
Mengambil bahan-bahan herba, seperti berupa minuman jamu berupa racikan seperti kunyit, asam dan daun sirih. Namun kini sudah ada cara praktikal dalam mengambil ubat herba ada yang berupa pil, tablet, kapsul atau jamu. Hal yang perlu diingat adalah teliti dan bijaknya dalam memilih ubat herba yang sudah berdaftar rasmi dengan Kementerian Kesihatan.

7. Melakukan senaman kegel
Ketika wanita melahirkan secara normal, faraj wanita tidak terlalu “rapat” lagi, hal ini disebabkan oleh otot-otot disekitar pelvis menjadi lemah. Untuk mengembalikan semula otot-otot pinggul yang telah lemah dan merapatkan kembali faraj.

sumber: teabengviral

error: Content is protected !!