“Ok Lah Zara Zya Pun Boleh Lah”-Izara Aishah Dilabel Sombong Oleh Peminat, Rupanya Salah Panggil Nama!

“Ok Lah Zara Zya Pun Boleh Lah”-Izara Aishah Dilabel Sombong Oleh Peminat, Rupanya Salah Panggil Nama!

Siapa tak teruja kan apabila bertemu dengan artis di luar kaca TV. Mesti kita sebagai peminat nak selfie bersama atau minta autograph untuk jadikan kenangan.

Tapi, apa respon korang kalau panggil nama artis tersebut tetapi tak dilayan? Aduhai sedih kan? Ini yang terjadi kepada pelakon jelita yang baru sahaja mendirikan rumah tangga, Izara Aishah.

Menerusi Twitter Izara semalam, dia memuat naik tweet baru dan menceritakan kejadian di mana salah seorang peminatnya tersalah panggil nama Izara dengan Zara Zya!

Mesti Izara takkan pandang kan, yela nama pun dah salah hahaha! Peminat itu pun terus cop Izara sombong sambil buat muka benci. Selepas itu, Izara mengiyakan sahaja panggilan namanya itu dan mengajak peminatnya bergambar.

Dah lah cantik humble pulak tu. Yang penting peminat tu konfiden panggil Zara Zya! Huhu

Tweet Izara Aishah..

 

Rata-rata pengikut Izara merasakan situasi ini lawak, tak pasal-pasal dicop sombong padahal peminat itu yang salah panggil nama, aduhai..

Respon netizen..

Dahlah panggil silap nama lepastu buat muka benci, aduhhhh

Haha mesti akak pun tercari-cari mana Zara Zya ni..

Kalau someone tell her yang dia silap orang mesti tak cukup kain nak cover muka

Zara Zya pun boleh..

Sumber: Twitter Madame Izara

kredit : kisah dunia

 

error: Content is protected !!