Nama Budak ini Tidak Lagi Menjadi Satu-Satunya Yang Paling Ringkas Dan Pendek Di dunia. Pesaingnya berumur 24 Tahun Dan Ternyata Rakyat Malaysia!!!

Nama Budak ini Tidak Lagi Menjadi Satu-Satunya Yang Paling Ringkas Dan Pendek Di dunia. Pesaingnya berumur 24 Tahun Dan Ternyata Rakyat Malaysia!!

Namun nama beliau bukanlah yang paling pendek di dunia kerana nama terpendek di dunia sudah pun wujud sebelum beliau dan pemilik nama terpendek itu ternyata rakyat Malaysia!

Kejadian Yang Pelik dan Aneh telah berlaku disebuah tempat di jakarta dimana seorang pelajar perempuan telah menpunyai nama yang paling pendek di dunia. Mungkin ia terlalu misteri untuk kita ulas bagaimana situasi ini boleh berlaku dalam suasana ketika ini kerana masyarakat lebih suka memilih nama anak dengan nama yang agak panjang. Mungkin bapanya ada alasan yang tersendiri mengapa ia memilih nama tersebut.

Mari kita tengok apa alasan bapanya kenapa dia memilih nama pendek tersebut.

Selepas beberapa individu di Indonesia muncul dengan nama pelik seperti Tuhan, Saiton dan Andy Go To School kini giliran seorang gadis pula yang mempunyai nama paling pendek. Pelajar di sekolah menengah di Pemalang, Jawa Tengah ini dipercayai individu yang mempunyai nama paling pendek selepas namanya hanya D. D yang berusia 15 tahun menunjukkan rekod sekolah yang memaparkan namanya kerana dia masih belum membuat kad pengenalan diri. Bapanya, Mulyaji berkata, dia memberi anaknya nama D kerana gadis itu dilahirkan terlalu cepat. Anak saya ini adalah anak yang keempat dan saya memberi nama D sempena urutan huruf itu yang berada di tempat keempat, katanya. Menurutnya, hanya anak bongsunya itu diberi nama yang unik dan semua kakak D mempunyai nama biasa. D memberitahu, dia tidak pernah menghiraukan atau berasa terganggu dengan nama yang diberikan oleh bapanya itu. Saya berasa senang walaupun nama berbeza dan rakan yang lain sudah biasa memanggil saya D, katanya.

Namun nama beliau bukanlah yang paling pendek di dunia kerana nama terpendek di dunia sudah pun wujud sebelum beliau dan pemilik nama terpendek itu ternyata rakyat Malaysia!

“Walaupun nama saya hanya satu huruf, S, namun pelbagai kenangan manis dilalui terutama ketika akad nikah apabila suami, Nuzrul Hassan, 31, terpaksa melafazkan tujuh kali dan pengalaman itu tidak dapat dilupakan seisi keluarga dan saudara-mara yang hadir pada majlis yang diadakan pada 7 Julai 2007,” kata S, 24, menceritakan pengalamannya berdepan beberapa keadaan unik disebabkan namanya itu. Menurutnya, sepanjang hidupnya, semua kenalan mulanya menyangka S nama timangan, namun apabila diberitahu ia nama sebenar, semua terdiam sebelum berkata ia sesuatu yang pelik. “Bukan saja kenalan, malah suami sendiri terkejut apabila diberitahu nama saya S ketika kami bertunang empat tahun lalu. “Apapun, saya bersyukur dengan nama diberikan bapa dan tidak pernah merungut apabila berdepan pelbagai keadaan menghairankan kerana memang sesuatu yang jarang berlaku.

Kita harapkan agar para ibu bapa diluar sana pilihlah nama yang cantik dan mempunyai makna baik kepada anak-anak, kerana ia adalah merupakan satu doa apabila ia dipanggil bahkan nama tersebut jugalah akan dipanggil di Akhirat kelak. Semoga allah merahmati kita semua.

Kredit: KongsiBerita.com

error: Content is protected !!