Meraung lihat jasad kaku dijalan .. Suami maut digilis tercampak dari motosikal elak kucing (8Gambar)

Meraung lihat jasad kaku dijalan .. Suami maut digilis tercampak dari motosikal elak kucing (8Gambar)

Dungun : Sebak pilu melihat isteri Lans Koperal Ros Shaari Abdullah, 34, menangis melihat jasad suami nya terbaring kaku dijalan.

Gara-gara mengelak kucing melintas jalan, polis bantuan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut digilis kereta di Jalan Gong Pasir-Balai Besar, Dungun, hari ini.

Dalam kemalangan 6.45 pagi itu, Lans Koperal Ros Shaari Abdullah, 34, yang tinggal di Kampung Paya Balai Besar, Dungun, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan dari rumahnya untuk ke tempat kerja.

Setibanya di tempat kejadian, mangsa dipercayai mengelak kucing yang melintas di situ sebelum motosikalnya terbalik dan mangsa tercampak ke atas jalan.

Pada masa sama,kereta dipandu penolong pegawai farmasi di belakang gagal mengelak lalu menggilis mangsa.

Isteri mangsa, Wan Zuhaimira Wan Mohamed, 34, berkata, kejadian berkenaan amat mengejutkannya.

“Saya bertugas sebagai pembantu makmal dan bekerja di tempat sama dengan suami. Bagaimanapun, arwah suami keluar dulu kerana perlu memasuki syif kerja 7 pagi.

“Sebelum keluar rumah dia beritahu nak keluar bekerja tapi tidak sampai 20 minit, saya dimaklumkan dengan berita sedih ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut,” katanya, arwah Shaari meninggalkan isteri dan 2 orang anak. Al fatihah.

sumber:accidentportal.com

 

error: Content is protected !!