MEMALUKAN! Pemilik rumah viral di media sosial setelah tak sengaja muat naik gambar dirinya tanpa pakaian di laman hartanah..

Seorang lelaki secara tidak sengaja mendedahkan gambar dirinya tanpa seurat benang selepas memuat naik gambar tersebut untuk iklan rumah di sebuah laman hartanah Singapura, lapor The Star.

‘Penampakan’ itu disedari oleh seorang individu yang melayari laman berkenaan pada 6 Mac lalu di mana dia ternampak susuk tubuh seorang lelaki yang tidak berpakaian pada cermin dalam gambar bilik tidur.

Difahamkan, iklan berkenaan juga telah dimuat naik di beberapa laman hartanah yang lain sejak bulan lalu.

Sementara itu, ejen hartanah, Benson Han, yang telah berada dalam bidang hartanah yang menjual rumah berkenaan pada harga SGD$570,000 (hampir RM1.7 juta) berkata, gambar-gambar tersebut telah dihantar kepadanya ketika musim perayaan Tahun Baru Cina, Februari.

“Dia baru saja mengemas rumah dan mungkin ketika dia sedang berehat, dia merakam beberapa gambar dalam rumahnya.

“Gambar itu terlalu kecil dan saya tidak perasan perkara itu,” katanya.

 

 

 

Bagaimanapun, iklan hartanah tersebut telah diturunkan dari laman PropertyGuru dan 99.co selepas memaklumkan perkara itu kepada pemilik rumah berkenaan.

“Dia terkejut dan dia tidak berniat berbuat demikian. Siapa yang sanggup muat naik gambar dirinya tanpa seurat benang?” katanya.

Rakan Benson, Angeline Liang berkata, gambar itu kini viral meluas di media sosial selepas dimuat naik oleh segelintir netizen yang merasakan kejadian itu melucukan.

Sumber: The Star, World of Buzz

3 Model Indonesia Ini Tampil Bogel di Majalah Playboy. NO3 TU MEMANG TAK SANGKA!

 

 

Tubuh seksi bak model antarabangsa antara alasan mengapa bintang Indonesia layak untuk muncul dalam Majalah Playboy. Majalah yang popuar sebagai majalah lelaki dewasa bertaraf antarabangsa in juga memilih artis Indonesia yang memiliki sensualiti untuk jadi tatapan pembaca.

Berikut ini, tiga artis dan model seksi dari Indonesia yang pernah muncul di majalah Playboy antarabangsa atau terbitan luar negeri.

Tiara Lestari

 

 

Tubuh seksi dan mulus Tiara Lestari muncul di majalah Playboy terbitan dari negara Sepanyol pada tahun 2005 dahulu. Jika biasanya majalah Playboy menampilkan pose sensual oleh modelnya dengan pakaian bikini dan busana anggun, tidak pada Tiara Lestari.

Majalah Playboy mengabadikan tubuh seksi Tiara Lestari tanpa sehelai benang pun atau bugel. Di Indonesia, gambar-gambar Tiara Lestari di majalah Playboy pernah mencetuskan kontroversi.

Cynthiara Alona

Cynthiara Alona menjadi salah satu model Indonesia yang menampilkan tubuh seksinya di majalah Playboy terbitan Jepun, Hong Kong dan Thailand. Sama seperti Tiara Lestari,  dia juga menampilkan pose yang sangat sensual.

Tubuh seksi Cynthiara Alona diabadikan majalah Playboy dangambar-gambar Cynthiara Alona yang berpose tanpa  baju jugamenjadi bualan hangat di Indonesia.

Nikita Mirzani

Artis Nikita Mirzani mengaku  dirinya akan menjalani sesi fotografi untuk majalah Playboy Filipina. Nikita Mirzani bakal menjalani fotografi seksi di Filipina.

Selebriti berstatus janda dua kali itu mengaku bangga kerana masih ada pihak yang percaya dan mengagumi tubuhnya yang seksi.

Sumber Liputan6 via media2060

error: Content is protected !!