Melentik-Lentik Gayanya, Kenali Sinon Loresca! Abang Sado Kacak Tapi Pondan

Badan dah sado dan muka pun memang kacak! Sekali pandang memang buat wanita cair punyalah.

Itu tanggapan sebelum, tapi selepas tengok gaya dia berjalan mesti ramai yang kecewa dan patah hati!

Sebabnya? Mengalahkan perempuan, melentik-lentik sungguh gayanya persis model di pentas peragaan.

Sinon Loresco yang berasal dari Kota Manila, Filipina ini viral disebabkan video-videonya berjalan sambil memakai kasut tumit tinggi dan gaun wanita.

Langsung tak kekok, Sinon memang nampak anggun sekali meniru gaya ratu cantik berjalan di sekitar bandar.

Sinon mendapat perhatian ramai netizen dari seluruh dunia dan videonya mendapat jutaan tontonan.

Walaupun ada yang mengecam kerana dianggap ‘dua alam’, namun lelaki sado ini punya sisi yang begitu mulia.

Membesar dalam kemiskinan menyebabkan Sinon memahami nasib kanak-kanak yang tinggal di Filipina.

Dia sering membuat kebajikan dengan memberikan makanan kepada kanak-kanak jalanan dan keluarga miskin di kawasan perumahan miskin di Manila.

Dalam satu video yang dimuat naik di laman Instagramnya, lelaki berusia 29 tahun ini terharu dengan pengikut yang sentiasa memberi sokongan padanya.

Benarlah kata orang, jangan menghakimi orang dari luaran sahaja. Apa pun yang baik kita jadikan contoh, yang buruk kita jauhkan okay?






Sumber: CARI

error: Content is protected !!