“Masin Betul Mulut Mak.” Siapa Sangka Rupanya Jodoh Aku Dengan Lecturer Sendiri!

Itulah selalunya yang orang katakan, semut seberang jalan nampak, gajah depan mata tak nampak. Kadang-kadang mungkin kita tak pernah perasan yang jodoh kita rupanya dengan orang sekeliling kita je.

Wanita bernama Nur Shazana Muhammad Shukri ini berkongsi, rupanya jodoh dia dengan lecturer sendiri. Ini yang dikongsikan Shazana di Instagram miliknya.

Jan 2016 ‘Weh ko kos apa?’

‘As20 psikologi sukan. Sy kan mentee Sir.. Nama saya Nur shazana.’

April 2016

‘Sebenarnya aku suka kat ko masa kt tempat urusetia tu. Cakap banyak’ #KemPL

Jun 2016

‘Makcik, sy nak Ana tahun depan boleh tak?’

‘Boleh.’

21.1.2017

Tunang

21.7.2017

Nikah

Alhamdulillah.. Masih lagi tak percaya dah jadi isteri Sir.. Rasa macam baru sangat Sir tegur saya.. 😂😂 tahun lepas sir selalu cakap ‘Aku takleh suka ko, ko student, aku lecturer’

Sekarang ni apa sir. Dah jadi suami isteri pun. Hahaha. Betul lah orang cakap UPSI tu

Universiti

Pertemuan

Suami

Isteri

Dulu masa putus cinta mak cakap,

‘jgn nangis, nanti masuk U adalah tu lecturer muda’.

Masin betul mulut mak.. Haha

Kata2 itu adalah doa 😂😂😂 Alhamdulillah.

sumber:http://www.limaumadu.com