Masih Ingat Budak 2 Tahun Merokok 40 Batang Sehari? Begini Keadaannya Sekarang

Suatu ketika dahulu heboh mengenai video menyaksikan seorang anak kecil sudah merokok. Ardi Rizal yang menggemparkan dunia pada ketika itu masih berusia 2 tahun saat ini merokok 40 batang sehari.

Jika diingat kembali, video yang menjadi tular itu menyaksikan Ardy merokok sambil bermain lori mainan kecilnya. Ardi mulai merokok di usia 18 bulan selepas diajar oleh bapanya sendiri.

Aldi sebelum itu telah mendapat bantuan daripada kerajaan Indonesia yang menyediakan pemulihan khas untuknya dan menggantikan ketagihan rokok kepada makanan.

Bermula dari saat itu, Ardy akan menangis jika tidak diberikan rokok. Walaubagaimanapun, Ardy telah berhenti dari rokok dan membuatkan selera makannya meningkat sehingga dia mengalami berat badan berlebihan. Pada usia 5 tahun, berat Ardi lebih berat dari anak-anak normal.

Kini Ardi tinggal di sebuah desa terpencil di Sumatera dan hanya boleh makan ikan segar, buah dan sayuran. Sekarang dia bebas dari rokok di usia 9 tahun dan berjaya di sekolah.

 

sumber: hangat.com