‘Maream Ni 3 Tahun, Bukan 13’ – Penjelasan Farah Lee Apabila Dikecam Anak Pakai Tak Ikut Syariat

Bermula dengan menulis di blog, nama Farah Lee lebih dikenali ramai selepas berkahwin dengan pengacara TV terkenal Ally Iskandar. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel iaitu Maream Esabel. Namun, jodoh tidak panjang mereka mengambil keputusan berpisah tahun lalu.

Bergelar ibu tunggal pada usia yang muda bukan perkara yang mudah, ada sahaja yang dipertikaikan netizen termasuklah pakaian yang dikenakan Maream. Ada yang berpendapat, Maream tidak memakai mengikut syariat. Ini penjelasan Farah Lee.

Ada yang tanya kenapa tak ajar anak pakai ikut syariat?

Bila kena kecam tak pakaikan anak kecil ikut syariat be like, Hiks
.
Gambar semalam ada few tanya kenapa tak ajar Maream pakai ikut syariat. Tersentap juga mak  Maream ni 3 tahun rasanya umur dia, bukan 13, apatah 30  #ommasarcastickasar hehe..
.
“Jangan terlalu cepat mendewasakan kanak2. Kita perlu akur yang kanak2 bawah umur tak perlu pakai ikut syariat lagi kan.? Tapi taklah sampai terlalu mendedahkan. Tambah kanak2 kuat bermain dan berpeluh, tutup litup, mereka takkan selesa. Kita juga sebenarnya banyak tak selesa, tapi sebab dah besar dan faham jadi kita teruskan.
Bagi saya, ajar anak seiring dengan umur

Saya ada kawan pakai tutup litup dari kecil tapi bila besar buka semula dan lagi bukan main. Saya ada kawan yang sebaliknya. Bagi saya, ajar anak seiring dengan umur. Praktikal tidak bermakna jika tidak diiringi dengan pemahaman.
.
Waktu sekarang, bantu penuhkan perkembangan EQ mereka dahulu, bila besar, EQ stabil, senang faham dan rasional, jadi masa tu, mereka akan tahu bila perlu menjaga aurat dengan rela, bukan pakai kerana terpaksa. Buat sesuatu kerana faham, supaya kemudian tidak mudah terpengaruh orang.
.
Itu pendapat saya lah. Saya tiada masalah dengan orang yang pakaikan pakaian muslimah pada anak2 sejak kecil, kerana itu pilihan mereka :)”
.
Apa kata kita belajar terima preference orang yang berbeza2, selagi ia tidak melanggar batas agama.? Life is short, learn to tolerate, spread positivity and be nice. Kita enjoy k.? Sambil ingat Tuhan  – Gambar sekadar hiasan hehs
.
[3years4months] #mareamesabel#ommabebel

sumber : Farah Lee

OhBulan!

error: Content is protected !!