‘Maaflah Aku Sedih Tengok Netizen Bantai FK Bertalu-talu, Jari Tunjuk Orang, Lagi 9 Hadap Diri Sendiri’ – Sedih Farid Kamil Dihentam, Ini Respon Fizo Omar

Nampaknya isu kontroversi yang melibatkan Farid Kamil semalam telah mendapat perhatian daripada ramai orang termasuklah rakan artis. Di instagram dapat kita lihat pelbagai kata-kata sokongan yang diberikan kepada pelakon tersebut. Adiknya, Fadzil Zahari juga ada memberitahu mereka sekeluarga akan memberikan sokongan mental termasuklah membawa Farid berjumpa doktor pakar.

Fizo Omar menerusi statusnya di instagram turut mengambil peluang ini memberikan kata-kata semangat buat Farid Kamil, pesanan Fizo untuk semua ‘1 jari kita tunjuk pada orang, lagi 9 jari menghadap diri sendiri’. Jadi, fikir-fikirkanlah sebelum menghentam.

Maaflah aku sedih tengok netizen bantai FK bertalu-talu

RESPECT LA!

Semuanya berlaku adalah dgn izinNYA dan yang pasti dan nyata tiada benda yg berlaku tanpa sebab dan hikmahnya.

Setiap hambanya diuji mengikut kemampuan masing2.kita tidak tahu tahap mana kemampuan kita.ukurannya adalah berdasarkan ujian yg diberikan olehNYA kpd kita.Hanya yg kuat akan diberikan dugaan yang setahap dengannya.

Dugaan dan kejayaan adalah 2 sahabat baik.mereka tidak akan berpisah.hadirnya dugaan percayalah kejayaan sedang menunggu dihadapan, capainya kejayaan sudah pasti dugaan sedang menanti.itulah kehidupan duniawi.

Cabaran kita semua berbeza.korang tahu ke esok lusa apa cabaran utk kita pulak.maaf la aku sedih bila dok tgk netizen bantai FK bertalu talu,ape perasaan wife dia,anak2 dia dan family dia? Dieorng salah ke? Korang pernah fikir ke?
Hari ini hari dia, esok lusa turn kita pula

Kot ye betul dia buat salah sekalipun, adakah dia minta jd smua ni? Knowing him, dia sgt cool,caring n responsible.so kalau xde ‘something wrong’ im very sure dia tak kan buat ape yg dah berlaku.theres must be something wrong behind it yg kita smua tak tahu.cuma yg tahu nak bantai seolah2 dia ni xpernah buat sebesar zarah kebaikan pun.come on la! Hari ni hari dia,esok lusa akn tiba turn kita plak.

Please la semua,aku bkn nak back sbb dia ni kwn celebrity ke apa,tp nak komen tu pk lah dulu.dia pun xnk jadi mcm ni.then kenapa Allah izinkan berlaku pasti ade sebab yg kita smua pun xtahu.

Allah dah pilih dia utk diuiji dgn dugaan yg maha hebat ni hanyalah utk orang hebat sahaja.

Aku harap DD n family stay strong dan aku doakan hikmah disebaliknya akn membawa kebaikan kpd FK n family.

Bro FK aku tahu ko kuat,percayalah ckp aku,the hardest challenges in every level is the last check point before u proceed to the higher level!

Hati aku berkata kata ni bukan untuk menutup kesalahan yg dia buat,cuma aku nk kita semua berfikir sekejap dan bersedia bila tiba giliran kita plak.entah esok atau lusa brother!

Ingatan utk aku dan semua..

1 JARI KITA TUNJUK KPD ORANG, LAGI 9 JARI MENGADAP DIRI SENDIRI.

Sumber : Instagram Fizo Omar

OhBulan!

error: Content is protected !!