Kisah Menyayat Hati – “Walau Saya Cacat Saya Tak Mahu Minta Sedekah Orang” – Kisah Uncle Chin Si Penjual Aiskrim Ini Membuatkan Ramai Yang Mengalirkan Air Mata

Kita semua pasti pasti mempunyai kisah inspirasi sendiri yang mana membolehkan kita untuk terus hidup dalam fokus untuk mengejar impian masing-masing.

Video terbaru dari Petronas kali ini sangatlah menyentuh hati kami. Video yang dimuat- naik di Facebook rasmi Petronas 19 Oktober lalu itu telah mendapat tontonan lebih 1 juta orang hanya selepas beberapa hari dimuat-naik.

Ianya tentang kisah insan hebat bagaimana mereka berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan sebagai seorang “Pengejar Impian”. Inilah kisah tentang Chin Kun On.

Lepas tengok video ni, Ohmedia yakin sebenarnya ramai lagi yang mempunyai kisah yang sama seperti apa yang kita lihat dalam kisah Chin Kun On. Setiap hari harus berdepan dengan pelbagai cabaran untuk meneruskan kelangsungan hidup dengan penuh sabar.

Berbekalkan impian seorang “Pengejar Impian”, itulah yang menjadi penggerak untuk kita meneruskan kehidupan dengan lebih kuat lagi walau-apapun keadaannya kelak. Segala kejayaan pada masa depan adalah bermula dengan impian kita pada hari ini.

Ia inspirasi kami untuk melangkau jauh dan mencapai sesuatu yang mustahil. Inilah kisah Pengejar Impian. Merentasi kehidupan dengan meraih cita-cita untuk sentiasa mengejar impian.|

KLIK UNTUK TONTON: Kisah Pengejar Impian Chin Kun On

 

sumber: ohmedia.com

error: Content is protected !!