Kes Yang Macam Ni Patut Diviralkan, Bukan Yang “Budak Manja” Tak Bertempat Tu! – Pura-Pura Cari Telekung Semasa Majlis Perkahwinan, Bila Diperiksa Rupanya Kantoi Nak Mencuri!

Tidak dinafikan, acara majlis perkahwinan merupakan antara majlis yang sibuk buat seluruh keluarga. Ada sahaja perkara yang harus diuruskan sehingga terlepas pandang dengan apa yang berlaku disekeliling. Maka pada waktu beginilah, akan ada orang yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Seperti perkongsian lelaki ini, dia menceritakan kisah seorang makcik yang sibuk mencari telekungnya sehingga ke dalam rumah. Namun, apa yang terjadi selepas itu amat memeranjatkan.

“Makcik Telekung” di majlis perkahwinan (kotak merah)

tujuan cerita ini dikongsikan agar kita kembali kepada Allah dan memohon perlindungan daripadaNya. semoga perkara ini tidak terjadi kepada orang lain yang membaca post ini. amin. insyaAllah.

aku tidur di rumah orang tua aku malam sebelum langsung. semuanya ok. bila tiba pagi esoknya aku bangun macam biasa, tolong setup macam macam, kejap angkat karpet, kejap lagi susun kerusi.

tiba tiba masa aku melangkah masuk dalam pagar rumah hati aku terdetik. “eh hari ni ada orang nak masuk rumah nak curi barang” aku berhenti dah terus berdoa dalam hati. ya Allah jika ada yang melangkah masuk rumah ini dengan niat yang jahat Kau tunjukkanlah kepadaku, dan janganlah kau perlihatkan aku kepadanya.

aku terus sambung kerja.. hati aku terus merasa berat. padahal dah langsung majlis berkali kali di rumah ini so far alhamdulillah

pagi tu juga adik aku bernikah, di dewan dihadapan rumah, semua orang dah tunggu di dewan, bertambah berat hati aku. siap mak aku call aku minta kunci pagar dan pintu. aku ikut arahan tapi aku tetap ulang alik saje nak spot cek. selesai sudah majlis akad nikah, pengantin lelaki pun pergi bersiap di tempat mereka

sampailah waktu pengantin lelaki tiba, semua orang jadi sibuk. isteri aku nak masuk ke rumah sebab baby kami dah meragam. makcik aku pun tak larat sebab dah pregnant 7 bulan, dia tunggu dia ruang tamu. aku bertambah confident tapi masih tak sedap hati.

elok pula anak aku sibuk keluar masuk minta itu ini aku layankan, sampai waktu pengantin dibacakan doa, aku bawa anak aku berjalan masuk..

tiba tiba hati aku terjentik. mata aku fokus. pada orang ini (dalam kotak merah) tak pasti kenapa aku terus bernafas perlahan. sambil pegang tangan anak aku aku follow makcik ni masuk rumah dengan selambe. muka macam kenal tapi tak pernah bercakap dengannya. dia membawa sekaki payung berwarna merah

sambil mengekori rapat dia bertanya makcik aku di mana letak telekung. dia pun terus mara ke bilik tetamu. aku hanya memerhati sambil menghantar anak aku ke bilik aku. sengaja aku biar pintu terbuka. tiba tiba dia terjenguk depan pintu bilik aku sambil berkata mana lah beg telekung. dia terus beredar. cargas aku ikut dia sampai ke ruang tamu.

tiba diruang tamu. aku melihat dia berbual dengan makcik aku. aku rasa maybe dia ni saudara jauh. aku pun menuju keluar sampai di pagar kaki aku berat. hati aku tak tenteram. aku berselisih dgn adik aku yg sorang lagi. dia masuk ke dalam rumah. hati aku rasa tenang sikit.

tapi aku masih tak puas hati. aku masuk balik ke dalam rumah. aku terdengar dia berbual dengan adik aku

aku terus gerak ke dapur.. tanpa rasa was was aku patah balik dan duduk di sofa ruang tamu bersama mereka. kehadiran aku sepanjang cerita ini bagai tidak wujud di mata suspek. tiba tiba makcik aku beredar ke tandas, adik aku pula menyambut tetamu. dengan spontan suspek terus bangun dari sofa dan berjalan ke dalam rumah. aku terdengar mulutnya kumat kamit bercakap dimana telekungnya, dia cuba membuka pintu bilik orang tua aku tapi gagal. aku tahu sebab aku terdengar bunyi tolakan tombol tersekat.

dia kembali ke ruang tamu. sambil melintas depanku dia pergi ke bilik kakak aku. perkara yang sama terjadi. pintu berkunci. dia kembali ke ruang tamu. dan adik aku masuk semula ke dalam rumah dan dia bertanya di mana bilik pengantin. adik aku menunjuk dan kemudian adik aku terus keluar rumah. suspek terus masuk ke bilik pengantin. aku tergamam kerana banyak perkara. semua terjadi depan mata aku.

aku panggil adik aku dan bertanya siapa orang itu, dan menyuruh adik aku masuk ke bilik pengantin. situasi di situ menjadi kurang enak. tapi aku ni garang. cuma waktu tu aku taknak bersuara sebab aku macam disuruh untuk melihat dan diam.

suspek terus keluar bilik dan duduk seketika di sofa sambil berpura pura membuat panggilan bertanyakan di mana kain telekungnya. dia berlalu di depan aku seolah olah aku tiada. segala tindak tanduknya bagaikan tidak sedar kehadiran aku

setelah suspek keluar terus hati aku menjadi lega. adik aku bertanya aku siapa orang tu. kerana ketika dia masuk ke bilik, suspek sedang membuka almari. apabila ditanya dia terus keluar sambil berkumat kamit menyebut pasal telekung.

aku bertanyakan makcik aku siapa orang itu. dikhabarkan dia makcik kepada pengantin lelaki dari selayang (kami dah periksa dia bukan dari pihak lelaki)

aku bertanyakan adik aku apa yg dibualkan. dikatakan suspek berpura pura ada sewaktu majlis tunang dan adik aku ini tidak kelihatan dan kebetulan memang adik aku tidak ada pada waktu bertunang.

payung yg ditinggalkan di ruang tamu tu payung pengantin. sedap je dia ambil dari pengapit. dia cakap kat makcik aku yang adik aku suruh bawa masuk payung ni ke dalam rumah

semoga pengalaman yang aku lalui ini menjadi iktibar dan panduan bagi orang lain yang bakal melalui majlis perkahwinan. jangan ambil mudah.

jika anda kenal orang ini. sila berhati hati. saksi ada. Allah maha melihat. jika tak kenal. silalah berkenal kenalan. nama dia makcik telekung dari selayang

Sumber : Ommar Abd Aziz

Assalamualaikum..tengok dalam2 .. cam muke prempuan ni.. nanti Ade knduri kawen mohon korang berjaga2 lah.. lagi2 kwasan klang ni.. dia buat2 macam sebahagian dripada majlis ..konon ahli keluarga .. kawan2..saudara mara .. Dalam keadaan kelam kabut Kita pun boleh tertipu Dan tak sedar .. last2 hantaran dan duit dia kebas .. siap kopak laci lagi.. professional ni.. nampak gaye mcam xcaye je .. tapi khebatan dia tiada tandingan.. haha..orang tengah sebuk dia buat kerja..

First dia naik bilik atas n bgambar dengan pengantin..seolah2 dia knal pngantin ..mmg gaye mcam kawan pgntin prmpuan..sebab kebetulan Ade kawan pgantin prempuan nak bgambar jugak.. pengantin perempuan ingat mungkin dia sedara mara jauh ..then mase rombongn pgntin lelaki sampai..dia tarik payong yg pgapit pegang .. dia ckp nk pegang..pengapit amek balik payong tu daripade dia .. dan hantar pgantin prempuan prgi dekat belah pgntin lelaki.. lpastu dia beria2 nak payong lagi .. pengapit pon bagila sbb pikir dia salah sorang kawan pengantin perempuan.. bila pgantin sebok bgambar ..makan beradab.. dia arahkan sedara Mara bawak hantaran naik bilik atas.. n dia mgaku dia kawan pgantin prempuan dekat mkcik2 tu.. sedangkn sorang pon xknal sape prmpuan ni..lepas letak hantaran dia naik tak turun2 .. tapi orang yg perasan dia tak turun tak syak pape sampaila pengantin prempuan sedar brang dia da hilang ..

hati2 ye korang.. ramai dah kne.. dah buat laporan polis dah.. post sini nak korang bjage2 laa.. mane taw tserempak ke..knal ke.. lagi2 Yang Majlis nak dekat tu .. tak Kira lah APA jua Majlis yg buat dekat rumah .. hati hati jela ..

sumber:https://web.facebook.com/photo.php?fbid=765901513448492&set=a.365135776858403.78301.100000859528058&type=3&fref=mentions

kredit http://ohbulan.com/pura-pura-cari-telekung-semasa-majlis-perkahwinan-bila-diperiksa-rupanya-kantoi-nak-mencuri/

error: Content is protected !!