Kes Pukau! Berhati-hati Apabila Terjumpa Lelaki Ini

Tular di media sosial sejak kebelakangan ini mengenai seorang penjenayah yang menggunakan taktik pukau untuk menipu serta mendapatkan wang dari mangsa.

Penjenayah yang berbadan sasa dan berkulit gelap itu dipercayai dari Afrika. Menurut mangsa, @numan_hazim menerusi akaun Twitter beliau, cara lelaki ini memperdayakan mangsa adalah dengan berlagak seperti seorang pelajar yang menyambung pelajaran di salah sebuah universiti tempatan dan mula meminta wang untuk dipinjamkan. Berbagai jawapan dan alasan telah diberi oleh penjenayah ini, akhirnya mangsa seolah – olah ‘tunduk’ dan akur akan permintaanya yang meminta sejumlah wang.

Untuk meyakinkan mangsa dan kelihatan bukan seperti menipu, lelaki ini akan bergambar dan memberi nombor telefon beliau yang kemudiannya telah dinyah-aktifkan.

Sumber:www.hangat.com